suria

[VIDEO] Neelofa menghitung hari tunggu kelahiran anak sulung… Akui gementar, doa bersalin secara normal

BAKAL menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi, pengacara Noor Neelofa mengakui gementar menantikan hari kelahiran yang dijangka tiba pada bila-bila masa.

Menurut Neelofa, 33, dia dan suami iaitu Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz sudah membuat persediaan bagi menyambut kehadiran anak pertama mereka itu.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Tiada ‘plan’ umum kehamilan, Neelofa biar peminat nilai sendiri - “Kalau nampak saya berbeza tu... berbezalah”

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap pegang perut ketika ‘IG live’ netizen syak Neelofa dah hamil

"InsyaAllah dalam masa terdekat saya akan melahirkan anak sulung ini... kata orang tengah menghitung hari. Dekat dah ni bila-bila masa saja.

"Saya akui gementar menanti proses ini. InsyaAllah saya mahu kelahiran normal jika semuanya baik-baik sahaja.

"Daripada segi persiapan kena belajar banyak perkara. Saya baca buku-buku dan bertanya pada orang. Barangan baby pun semua dah siap," katanya kepada mStar.

lofa

Neelofa doa dapat bersalin secara normal.

Bekas pengacara program MeleTOP ini ditemui semasa pelancaran perisa baharu susu jenama Nilofa yang diadakan di Bayswater KLCC, Kuala Lumpur pada malam Selasa.

Dalam pada itu, Neelofa turut memohon orang ramai mendoakan agar proses kelahiran itu berjalan lancar.

Saya akui gementar menanti proses ini. InsyaAllah saya mahu kelahiran normal jika semuanya baik-baik sahaja.

NEELOFA

PENGACARA

"Saya bakal melahirkan anak ini di Kuala Lumpur sahaja... terima kasih kepada yang mendoakan kelahiran saya. Minta doakan semoga segalanya dipermudahkan.

"Rupa-rupanya bukan senang nak jadi seorang ibu merasai pengalaman mengandung dan melahirkan... itu satu perjalanan yang cukup berbeza.

"Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan diberikan pada saya selama ini. Tidak kira dalam kerjaya atau perniagaan tanpa jemu. Terima kasih mendoakan saya dan suami," ujarnya.

nilofa susu

Neelofa masih sempat menghadiri pelancaran perisa susu terbaharu jenama Nilofa.

Sejak Julai tahun lalu, cerita tentang ‘baby bump’ Neelofa terus menjadi topik perbualan hangat netizen di media sosial.

Aksi Neelofa mengusap perut semasa menghadiri prosiding kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) di Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan turut mencuri tumpuan orang ramai pada September tahun lalu.

Bagaimanapun, Neelofa memilih untuk mengunci mulut dan membiarkan peminat terus berteka-teki mengenai kehamilannya itu.

Neelofa dan PU Riz berkahwin pada 27 Mac tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain