suria

Dikecam solat atas jalan, Aisar Khaled maafkan netizen salah tafsir niat sebenar

Aisar maafkan netizen yang mengecam perkongsian videonya itu.

SELEPAS dikecam netizen kerana memuat naik video bersolat di atas jalan, personaliti media sosial Aisar Khaled tampil menjelaskan tujuan perkongsiannya itu.

Menurut Aisar, 22, niatnya berkongsi video berkenaan adalah untuk memberi peringatan kepada pengikutnya mengenai kepentingan mengerjakan ibadah solat.

"Sebenarnya banyak saya dapat mesej (kecaman), saya menyampaikan sebenarnya di mana-mana sahaja kita boleh bersolat.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu positif Covid-19, Aisar Khaled takut kehilangan orang tersayang - “Saya menangis tak tahu apa akan berlaku”

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib tak dendam, maafkan Aisar Khaled buat ‘content’ ziarah kubur Siti Sarah

"Ramai orang terlalu sibuk sampai lupa kita hidup di dunia ini untuk apa. Saya hanyalah pendosa banyak buat salah dan silap, kita cuba menjadi lebih baik tak salahkan?

"Terpulanglah atas pendapat masing-masing Allah tahu niat saya. Semoga apa yang saya sampaikan dapat memberi manfaat kepada kita semua. Saya memaafkan semuanya," katanya menerusi laman Instagram.

aisar 3

Aisar beri peringatan mengenai kepentingan solat.

Pada Ahad lalu, Aisar Khaled dikritik netizen apabila memuat naik video memaparkan dirinya bersolat di beberapa lokasi terbuka seperti gimnasium, kawasan bengkel dan di hadapan sebuah stesen minyak.

Ada yang mempertikaikan tindakan Aisar bersolat di atas jalan di hadapan sebuah stesen minyak memandangkan surau ada disediakan untuk kemudahan pengguna jalan raya.

Disebabkan kata-kata daripada awak semua membuatkan ramai orang terkenal bunuh diri, depresi, anxiety dan sebagainya

AISAR KHALED

PELAKON/ INFLUENCER

Dalam pada itu, Aisar meminta netizen melihat perkongsiannya itu daripada sudut positif dan tidak menjadikan ia sebagai satu isu yang harus dipertikaikan.

"Cuba lebihkan pandangan positif daripada negatif. Nasihat saya kepada netizen berhentilah bercakap yang bukan-bukan kepada orang lain.

aisar 2

Aisar dikecam teruk kerana kongsi video solat.

"Disebabkan kata-kata daripada awak semua membuatkan ramai orang terkenal bunuh diri, depresi, anxiety dan sebagainya.

"Ingat setiap apa yang kita tulis ini akan menjadi saksi di padang mahsyar, semoga Allah merahmati kita semua dunia dan akhirat," ujarnya.

Sebelum ini, nama pelakon drama bersiri Villa Kristal ini pernah menjadi tular ekoran kontroversi pembaziran gel penyejuk badan yang dijadikan ‘Babi Air’.

Selain itu, Aisar juga pernah dikecam netizen apabila merakam video menziarahi pusara penyanyi Allahyarham Siti Sarah yang dikatakan tidak sensitif dan bertujuan mengaut keuntungan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain