suria

Mawi bukukan kisah suka duka bergelar bintang popular, harap dapat jadi sumber inspirasi

Mawi gembira dapat kongsi pengalaman menerusi buku penulisan sendiri.

DI SEBALIK populariti yang dikecapi, mungkin ramai tidak tahu cabaran serta dugaan yang dilalui penyanyi Mawi.

Segala kisah suka dan duka sepanjang bergelar anak seni dikongsikan Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 41, kongsikan dalam buku autobiografi berjudul Mawi Dalam Lautan Manusia.

ARTIKEL BERKAITAN: Misteri ‘kehilangan’ Mawi terungkai... Rupa-rupanya alami gangguan mistik, mulut keluar darah, lendir busuk dan hilang ingatan

ARTIKEL BERKAITAN: “Dulu ramai kata dia akan kikis duit sampai aku tinggal spender!” - Mawi puji Ekin, dapat hadiah set kamera mahal sempena Hari Bapa

“Saya kongsi kisah suka duka sebelum dan selepas menyertai Akademi Fantasia. Orang nampak hanya luaran sahaja, mereka tidak tahu apa yang telah saya lalui selama ini.

“Populariti itu memang indah, tetapi banyak ujian yang terpaksa saya tempuh,” ujarnya kepada mStar.

mawi 2

Mawi tempuh pelbagai dugaan dunia dalam dunia seni

Dalam masa sama, Mawi yang merupakan juara Akademi Fantasia 3 (AF) berharap buku ini boleh menjadi inspirasi buat mereka yang mahu menceburi bidang seni.

Mawi juga terbuka menceritakan bagaimana dia berhadapan dengan pelbagai kontroversi sebelum ini.

Orang hanya melihat perkara indah sahaja dalam dunia glamor

MAWI

PENYANYI/PENYAMPAI RADIO

"Ada sedikit saya ceritakan tentang gosip sebelum ini. Jika rasa perlu diceritakan saya tulis.

“Kita tidak boleh harap seperti apa yang kita impikan. Orang hanya melihat perkara indah sahaja dalam dunia glamor.

“Ramai yang nak jadi artis popular, jadi dengan buku ini boleh beri sedikit panduan sebagai persediaan,” ujarnya.

mawi 3

Semakin selesa sebagai penyampai radio dan melakukan kerja belakang tabir

Mawi mengambil tempoh setahun untuk menyiapkan buku ini dengan bantuan seorang rakan sebagai rujukan dalam bidang penulisan.

Sementara itu, Mawi bakal tampil dengan filem baharu berjudul Hantu Kuat Ketawa terbitan syarikat miliknya Mawi World Entertainment dimana dia juga bertindak sebagai penulis skrip dan pengarah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain