suria

Jaa Sazuran akui diri tak sepadan dengan Melissa Th’ng, masih usaha cari cinta

Jaa hanya berkawan dengan Melissa.

SERINGKALI ditanya soal jodoh dan pasangan hidup, bekas penyampai radio, Jaa Suzuran mengakui masih belum mempunyai teman wanita.

Jaa atau nama sebenarnya Mohamad Fizal Ahmad, 28, berkata, dia juga masih mencari pasangan yang sesuai untuk dijadikan calon isteri.

"Saya sama saja macam sebelum ini masih single, masih lagi tidak berpunya tapi tengah berusaha untuk mencari, belum sampai masanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Jaa Suzuran kumpul duit kahwin, terima calon pilihan ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Jaa Suzuran seronok buat ‘drama’ live streaming, kagum ada streamer jana pendapatan lumayan melalui permainan video

"Mungkin masa saya masih bersama dengan family tapi InsyaAllah tahun ini kita cari sampai jumpa," katanya kepada mStar.

Jaa ditemui pada sidang media selepas pelancaran tayangan perdana drama Dongibab yang diadakan di Pavillion, Kuala Lumpur pada Isnin.

jaaa2

Jaa akui hubungan dengan Melissa hanya sekadar kawan.

Dalam pada itu, mengulas hubungan rapat dengan penyampai radio Melissa Th’ng, Jaa berkata mereka hanya kawan baik.

"Status saya dnegan Melissa hanya berkawan sahaja, memang rapat dan senang bekerja dengan dia.

Melissa ni memang la sesuai, dia ni cantik dan baik orangnya. Tapi kena la faham saya kan jenis kampung sikit tak sesuai la kot

JAA SUZURAN

PELAKON

"Melissa ni memang la sesuai, dia ni cantik dan baik orangnya. Tapi kena la faham saya kan jenis kampung sikit tak sesuai la kot,” ujarnya.

Sementara itu, bercakap tentang drama Dongibab, Jaa berkata, dia berasa tercabar kerana terpaksa mambawa watak yang lain daripada yang pernah dibawa sebelum ini.

"Susah bagi saya pada mulanya nak bawa watak serius sebab saya jenis yang rancak-rancak.

jasdkj23

Antara barisan pelakon yang menjayakan drama Dongibab.

"Saya jenis yang cakap pun laju, tapi watak ni saya kena tone down sikit. Senyum dua tiga kali je boleh. Tapi kena belajar, sampai bila nak duduk dalam comfort zone saja,” katanya.

Drama Dongibab yang akan ditayangkan pada 24 hingga 29 Januari di platform GG Network 800, Astro GO, and Sooka yang turut dibintangi oleh Fattahzie, Daddyhood dan Ellya Keesha.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain