suria

Impian ke final GV8 musnah, Shidee akui lirik lagu terlalu banyak ganggu persembahan

Shidee akui sukar hayati lirik dalam tempoh masa singkat

SEDAR dengan kesilapan yang dilakukan, penyanyi Shidee sudah menjangka dirinya tersingkir pada peringkat separuh akhir Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Shidee atau nama sebenarnya Rashid Abdul Wahab, 63, berkata, dia tidak dapat menghayati lirik dalam masa singkat sekaligus gagal memberikan persembahan terbaik pada konsert yang berlangsung malam Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: “Hentamlah... saya akan senyum sahaja” - Shidee terbuka dikritik ‘pancit’, tak layak masuk separuh akhir GV8

ARTIKEL BERKAITAN: Ani Maiyuni sertai GV8 bukan sebab tiada ‘job’, ubat kerinduan peminat dangdut - “Show tak putus-putus cuma lama tak keluar TV”

"Untuk menyanyi dengan baik, lirik lagu perlu betul-betul masuk dalam jiwa.

"Lirik yang banyak menggangu saya untuk menyampaikan persembahan. Saya juga lambat catch up dalam hal ini.

shidee n ani

Perjuangan Shidee dan Ani terhenti di peringkat separuh akhir

"Ada juga rasa nak ke final, tetapi bila sedar melakukan kesalahan di atas pentas saya dah boleh jangka tersingkir," ujar Shidee.

Pada malam separuh akhir GV8 Shidee menyanyikan lagu Sedetik Lebih yang dipopularkan oleh Anuar Zain dan Kerna Cinta nyanyian asal Yasin Sulaiman.

Saya juga lambat catch up dalam hal ini

SHIDEE

PENYANYI

Sementara itu, Ani Maiyuni, 43, yang turut tersingkir mengakui sudah cukup bersedia dengan keputusan itu.

"Terima hakikat ini adalah pertandingan. Saya sentiasa sedia apa sahaja kemungkinan yang akan berlaku setiap minggu.

"Program ini berjalan secara langsung dan apa yang kita buat ketika rehearsal tak sama seperti pentas sebenar. Juri mendengar lebih teliti.

"Juri lebih tahu mana kesilapan saya dan saya tidak akan pertikaikan keputusan juri," katanya.

Dalam masa sama Ani yang menyanyikan lagu Sumpah dari Aina Abdul berharap peminat penyanyi itu dapat menerima persembahannya.

ani mayuni

Ani sudah beri persembahan terbaik sepanjang GV8

"Lagu itu bukan genre saya, ia perlu penjiwaan yang berat.

"Apa yang penting saya bawakan dalam key sebenar. Buat peminat Aina, saya telah buat sehabis baik cara Ani Maiyuni,"ujarnya yang turut menyanyikan lagu Let's Get Loud nyanyian asal Jennifer Lopez.

Malam seperuh akhir GV8 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu menyaksikan dua peserta iaitu Ani Maiyuni dan Shidee tersingkir.

Enam peserta yang bakal berentap pada peringkat akhir adalah Aweera, Nikki Palikat, Suki Low, Adibah Noor, Aliff Aziz dan Azan Scan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Shidee, Ani Maiyuni, GV8, Gegar Vaganza

Artikel Lain