suria

Kesihatan belum pulih, Nikki Palikat bimbang kecewakan peminat di separuh akhir GV8

Nikki tidak mahu hampakan peminat

BEBERAPA jam sebelum berlangsung konsert separuh akhir Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), penyanyi Nikki Palikat memberitahu keadaan kesihatannya masih belum pulih sepenuhnya.

Dibenarkan keluar dari hospital Jumaat lalu, Nikki atau nama sebenarnya Nicolette Louisa Palikat, 37, mengakui bimbang dengan persembahan yang bakal dilakukannya pada malam Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO]Selepas beberapa tahun uji bakat, Nikki Palikat syukur akhirnya dapat peluang sertai GV

ARTIKEL BERKAITAN: Nikki Palikat terkenang arwah Yanie, buka cerita lama terkilan tak ambil berat kesihatan sahabat baik

“Jujur saya katakan belum sihat sepenuhnya. Doktor pesan untuk rehat dalam masa dua minggu.

“Saya hanya dapat hadir full dress rehearsal pada Sabtu. Mungkin ada kacau sedikit dalam persembahan nanti.

nikki palikat 1

Berharap dapat memberikan persembahan terbaik untuk separuh akhir GV8

“Apa yang penting saya boleh sampaikan cerita dalam lagu untuk persembahan nanti,” ujar Nikki kepada mStar.

Penyanyi lagu Drama ini dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Selasa lalu akibat terlalu penat.

Saya geram dengan diri sendiri

NIKKI PALIKAT

PENYANYI

Nikki bakal menyampaikan dua buah lagu iaitu Puncak Kasih nyanyian asal Ziana Zain dan Ikut Rentakku (Jaclyn Victor) pada malam Ahad.

Berharap dapat melakukan persembahan terbaik, Nikki berkata, dia tidak mahu peminat yang meletakkan harapan tinggi kepadanya berasa kecewa.

“Saya geram dengan diri sendiri. Memang kalau boleh saya mahu kesihatan baik seperti sebelum ini tetapi apa boleh buat?

“Saya tahu peminat meletakkan harapan tinggi dan apa yang dipersembahkan nanti tidak seperti yang dirancang.

“Doktor sudah pesan jangan terlalu paksa diri. Bagaimanapun dua lagu malam ini penyanyi asalnya adalah diva dan perlu tenaga tinggi.

“Pastinya saya akan serlahkan vokal dan perlahankan pergerakan untuk lagu rancak,” ceritanya.

Nikki 2

Nikki antara peserta yang konsisten memberikan persembahan terbaik setiap minggu

GV8 bakal bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada pukul 9 malam di saluran Astro Ria.

Selain Nikki, peserta lain yang akan bersiang di peringkat separuh akhir adalah Suki Low, Aliff Aziz, Aweera, Adibah Noor, Azan Scan, Ani Mayuni dan Shidee.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Nikki Palikat, Gegar Vaganza, GV8

Artikel Lain