suria

Jaa Suzuran seronok buat ‘drama’ live streaming, kagum ada streamer jana pendapatan lumayan melalui permainan video

Jaa Suzuran antara selebriti yang aktif menggunakan platform live streaming.

BUKAN sekadar hobi, aktiviti permainan video secara atas talian sebenarnya mampu menjana pendapatan hasil daripada penstriman langsung atau live streaming di Facebook.

Perkara itu diakui oleh pengacara dan pelakon Jaa Suzuran, 27, yang mengakui ada antara streamer terkenal dunia meraih pendapatan ribuan ringgit melalui aktiviti berkenaan.

"Saya main game ni bermula dengan suka-suka... pada tahun 2018 main dekat telefon bimbit sahaja, kemudian awal tahun 2020 barulah mula buat live streaming.

ARTIKEL BERKAITAN: Misi menewaskan Jaa Suzuran! Menang atau jadi ‘lauk’?

"Kebanyakan streamer buat live menerusi Facebook, daripada situ mereka jana pendapatan hasil kutipan dan sumbangan star yang diberi oleh pengikut yang menonton.

"Sejujurnya macam saya hanya suka-suka sahaja buat live streaming dan ia sebahagian content untuk media sosial... saya tak bergantung pendapatan melalui live streaming, jadi income pun tak tentu.

"Tapi saya pernah dengar beberapa orang streamer di luar negara mampu meraih ribuan ringgit dengan buat live streaming. Yang penting mereka ada ramai followers dan mampu tarik penonton," katanya kepada mStar.



Selain permainan video, Jaa juga kerap melakukan live streaming semasa menyertai laman sembang Omegle.

Mula bermain permainan video menggunakan telefon bimbit sejak 2017, Jaa berkata dia mula aktif melakukan live streaming pada awal 2020.

Ini kerana menerusi live streaming dia dapat berinteraksi bersama pengikut dan merapatkan lagi hubungan dengan peminat.

"Saya suka main game Grand Theft Auto (GTA), PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) dan Mobile Legends. Sesekali saya berborak dengan orang yang tak dikenali menerusi aplikasi OME TV dan Omegle.

"Kebanyakan yang mengikuti saya di akaun Facebook Jaasuzuran suka nak tengok drama dan keletah saya. Kalau dahulu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020 saya boleh luangkan masa lebih 12 jam buat live, tapi sekarang ini paling lama dalam lima jam kerana perlu menyelesaikan beberapa tugasan lain.

Sekarang ini nak beli gaming set up pun dah tak mahal, dalam RM3,000 dah boleh dapat set lengkap!

JAA SUZURAN

SELEBRITI

"Sambutan memang baik, sebenarnya ramai yang suka tengok live streaming ni, mereka ada kelompok peminat tersendiri... sambil-sambil kita main game, mereka yang menonton pun boleh berborak dan berbual antara satu sama lain," ujarnya.

Dalam pada itu, pengacara program Sudip Pusing Dunia ini menggalakkan mana-mana remaja yang berminat dengan permainan video memulakan aktiviti live streaming ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bagaimanapun, dia menasihati adik-adik yang masih bersekolah supaya tidak leka dengan permainan video sehingga mengabaikan pelajaran.

"Kalau mereka memang betul-betul minat dengan permainan video streaming ini, ya boleh teruskan! Buat bersungguh-sungguh, mana tahu boleh berjaya dan jana pendapatan menerusi permainan ini.



Gaming set up boleh didapati dengan harga serendah RM3,000.

"Tapi apa-apa pun saya nak menasihati mereka jangan tinggalkan pelajaran sebab itu paling utama... minat game sekalipun, pelajaran tetap nombor satu! Kebanyakan yang saya tengok ini adik-adik yang masih bersekolah," katanya.

Ditanya mengenai modal untuk membeli kelengkapan memulakan live streaming, Jaa berkata gaming set up itu boleh didapati bermula dengan harga RM3,000.

"Sekarang ini nak beli gaming set up pun dah tak mahal, dalam RM3,000 dah boleh dapat set lengkap!

"Macam saya masa awal-awal dulu, beli sikit-sikit! Jumlah keseluruhan selepas setahun kalau kira dalam RM13,000... tapi ada diskaun dan tajaan daripada beberapa pihak," tambahnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain