suria

Zizan Razak semarakkan Ramadan bersama Free Fire... kini bergelar duta pertama di Malaysia

Duta jenama selebriti Free Fire yang pertama di Malaysia menjemput ‘Survivors’ untuk meraikan amalan memberi di bulan Ramadan ini

FREE Fire, permainan mudah alih yang paling banyak dimuat turun di dunia pada tahun 2019 dan 2020, kini bersedia menyambut Ramadan dengan pemainnya dikenali sebagai ‘Survivors’ di seluruh Malaysia menerusi acara Ramadan 2021.

Dihasilkan serta diterbitkan secara global oleh Garena, Free Fire bakal menyajikan pelbagai aktiviti dan ganjaran hebat untuk rakyat Malaysia sepanjang bulan mulia ini.

Garena turut memperkenalkan Zizan Razak sebagai duta jenama selebriti Free Fire yang pertama di Malaysia, sekaligus mengembangkan strategi Garena untuk menyediakan pengalaman sentuhan tempatan yang mengujakan kepada ‘Survivors’ di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Minum siri Bang Bang Tealive, menangi 3 skin wira Mobile Legends: Bang Bang

Acara Ramadan Free Fire menggalakkan ‘Survivors’ di Malaysia untuk berkongsi kebaikan antara satu sama lain dengan amalan memberi, lebih-lebih lagi pada masa ini, majoriti rakyat Malaysia sedang berjauhan dengan insan tersayang.

Dengan menyatukan komuniti dalam Free Fire, ‘Survivors’ dapat dilakukan secara maya, sekaligus tiada masalah dalam penjarakan sosial, untuk sama-sama mencipta kenangan dan detik menyeronokkan.

Mulai 6 Mei hingga 16 Mei, ‘Survivors’ dapat menebus hadiah setiap hari dan berkongsi bersama rakan-rakan mereka, dengan menerima satu dan memberi satu hadiah sahaja setiap hari.

‘Survivors’ boleh mendapat lebih item eksklusif dengan menebus hadiah untuk diri serta rakan-rakan mereka.

Nantikan ganjaran hebat seperti ‘Custom Room Card’ dan beg galas ‘Verdant Soul’ bertemakan Ramadan, ia hanya pada 13 Mei sahaja.

Bagi menyemarakkan semangat memberi, ‘Survivors’ juga dapat memperoleh ganjaran pencapaian individu berdasarkan jumlah hadiah yang dikongsikan mereka.

Di samping itu, ‘Survivors’ di Malaysia boleh sama-sama menghitung hari untuk menyambut Raya dengan memperoleh ‘bonus log-masuk’ yang hebat sebagai komuniti! Ia termasuk kad percubaan ‘weapon skin’ serta watak-watak kegemaran peminat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

‘Survivors’ juga akan menerima ganjaran dalam bentuk token Lemang bagi setiap perlawanan yang disertai, yang dapat ditukar dengan ‘M82B- Dragon Mob gun skin’ secara percuma sepanjang tempoh acara Ramadan 2021.

Tak cukup dengan itu, terdapat juga hadiah eksklusif menanti ‘Survivors’ yang log masuk pada 13 Mei, di mana pemain yang bermain selama lebih daripada 30 minit boleh mendapat ‘Magic Cube’ berharga, ia boleh ditukar dengan kostum ‘bundle’ pilihan mereka!

Malahan, keseronokan akan diteruskan selepas ‘Peak Day’ dengan misi Lanjutan Hari Raya.

Dengan menyempurnakan misi, ‘Survivors’ juga dapat memiliki ‘Jungle Excursion skyboard’ eksklusif yang membolehkan mereka meluncur di langit dan memasuki medan perang dengan penuh bergaya!

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain