suria

Mobile Legends Campus Championship Musim Ke-3 kembali! Pelajar sekolah, universiti berpeluang menang lebih banyak hadiah

Kejohanan Mobile Legends Campus Championship 2021 akan berlangsung dari bulan Mei 2021 sehingga November 2021

KEJUARAAN Mobile Legends Campus Championship 2021 (MLCC) musim ke-3 acara bakal bermula.

Kejohanan ini akan berlangsung selama tujuh bulan, bermula dari Mei sehingga November 2021.

Dibawakan oleh syarikat telekomunikasi U Mobile, acara e-sport ini merupakan kejohanan kampus terbesar yang diperkenalkan sejak 2019.

ARTIKEL BERKAITAN: Kejohanan MES 2021: Lebih 2,000 atlet e-sukan berjaya dikumpul, hadiah wang tunai RM100,000 jadi rebutan

Ketika musim ke-2, pertandingan ini telah berjaya mengumpulkan ramai pengikut dan peminat dengan 277 pasukan dari lebih 100 buah universiti berentap selain meraih rekod tertinggi sebanyak satu juta tontonan secara dalam talian.

Tahun ini, penganjur meluaskan lagi kategori pertandingan terutamanya bagi segmen Sekolah Menengah, dengan tawaran hadiah bernilai lebih dari RM60,000 dan 32,520 berlian terkumpul

Terdapat dua kategori utama dalam kejohanan kali ini, iaitu juara bagi peringkat negeri dan kebangsaan.

Bagi peringkat negeri, juara akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,350 dan 600 berlian sementara naib juara akan menerima RM650 dan 420 berlian.

Di peringkat kebangsaan pula, Juara MLCC Musim ke-3 bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 dan 5,520 berlian sementara pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM7,000 dengan 4,320 berlian dan RM5,000 bersama 3,120 berlian.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kejohanan ini akan bermula dengan zon tengah, diikuti oleh zon selatan, zon utara, zon pantai timur dan zon Malaysia timur.

Bagi menambah kemeriahan acara pada musim ke-3 ini, dua aktiviti menarik telah diperkenalkan khas untuk penyokong-penyokong varsiti.

Buat kali pertama, U Mobile memperkenalkan MLCC eSports Masterclass untuk para pelajar yang berminat menjadi caster atau memilih untuk menjadikan penstriman secara langsung sebagai sumber pendapatan.

Masterclass ini akan dilatih oleh individu terbaik dalam industri e-sukan seperti caster MPL Season 7.

Sebagai tanda penghargaan kepada warga kampus yang memberi sokongan kepada kejohanan ini, ganjaran berupa Anugerah Universiti Penyokong Terbaik 2021 dan Anugerah Pegawai Penyokong Terbaik akan diberikan kepada sebuah universiti dari setiap zon.

Ganjaran tersebut merupakan hadiah keseluruhan sebanyak RM15,000 yang berbentuk wang tunai dan baucar membeli-belah.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Mobile Legend, U mobile, E-sport

Artikel Lain