suria

Yoodo RSG CODM juarai kejohanan CODM Malaysia Singapura 2021

Team ML:BB dan CODM

PASUKAN Yoodo RSG CODM berjaya memenangi kejohanan Call of Duty Mobile Malaysia Singapore Championship 2021 di mana mereka membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah USD6,000 (RM24,600).

Kejayaan itu terhasil selepas membentuk kerjasama antara Yoodo iaitu sebuah syarikat telekomunikasi mudah alih ubah suai sepenuhnya dan 100% digital pertama di Malaysia, bersama RSG– organisasi e-sukan utama di Asia Tenggara.

Melalui aksi cemerlang pasukan tersebut pada kojahanan ini, Yoodo RSG CODM akan terus mewakili Malaysia pada peringkat Asia Tenggara di Garena Invitational 2021.

Perlawanan peringkat serantau ini akan bermula pada 12 Mac 2021 dan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah USD40,000 (RM164,000).

Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun berpendapat, kemenangan pasukan tersebut adalah bertepatan.

“Kami menaruh harapan yang tinggi ketika menandatangani kerjasama tersebut pada awal tahun ini, dan mereka telah membuktikan kebolehan mereka melalui usaha dan bakat yang dipamerkan!

"Kami tidak ragu-ragu bahawa mereka akan terus menang dan kami juga tidak sabar untuk melihat aksi mereka di Garena Invitational tahun ini, ” katanya

Pada kejohanan yang lepas, pasukan yang terdiri daripada Edz (Farris Rauf), AlphaRe (Muhammad Azri), Raven (Ameer Imran) dan Derp (Muhammad Irfan Danial) dan diketuai oleh RanGer (Abdul Hakiem), berjaya kembali unggul, setelah jatuh 0-2, seterusnya memenangi kejohanan tersebut dengan catatan mata akhir 3-2.

Sementara itu, pasukan Yoodo RSG Mobile Legends: Bang Bang juga mencatatkan kemenangan di Zush Esports Cup 2021 (ZEC 2021) yang berlangusung baru-baru ini, dengan meraih gelaran juara untuk kejohanan MLBB.

Pasukan yang teridiri daripada Logan (Abdul Wandi), Leixia (Ahmad Ali Huzaifi), Zaraki (Jamil), Rush (Herwin), Kaizer (Isme Haqeem), Lolealz (Ealtond Rayner), dan Syno (Mohamad Amir Afdhal) membawa pulang hadiah utama beserta wang tunai berjumlah RM1,500

“Fokus Yoodo dalam komuniti e-sukan tertumpu kepada mencungkil bakat baru.

“Gabungan kejayaan Yoodo RSG CODM dan MLBB membuktikan bahawa kita berada di landasan yang tepat. Yoodo sepenuh hati mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pasukan dan mengalu alukan kejayaan yang lebih besar dan lebih baik dari mereka, ” sambung Tuck Mun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain