suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Dua-dua cantik, humble sangat!” - Netizen suka tengok Fazura dan adik Neelofa saling memuji

Fazura menyapa dan memuji Athisha di dalam sebuah majlis

SELEBRITI wanita yang sering mendapat pujian kerana sifat merendah diri iaitu Fazura sekali lagi menarik perhatian netizen di media sosial apabila memuat naik video pendek memberi pujian kepada adik Neelofa iaitu Athisha Khan.

Fazura dan Athisha dilihat cantik mengenakan busana berwarna merah jambu saling bertegur sapa di dalam sebuah majlis yang diadakan di Kuala Lumpur pada malam Rabu.

Dalam rakaman yang dikongsi di Instastory, isteri kepada pelakon Fattah Amin itu memuji Athisha memiliki rupa paras yang cantik.

Fazura juga terlihat beramah mesra bersama rakan selebriti

"Tengok wanita ini sangat cantik," kata Fazura.

"Terima kasih! Awak pun selalu terlihat cantik," balas Atisha pula.

ARTIKEL BERKAITAN: Air mata Fazura tumpah, tak sanggup tengok keadaan terkini mangsa keganasan suami sehingga koma

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Adik Neelofa, Athisha Khan selamat bergelar isteri

Video pendek itu kemudiannya dikongsi semula oleh pemilik akaun TikTok skincarebyfazura.

Rata-rata memuji kecantikan kedua-dua selebriti ini dan menyifatkan Athisha seorang yang sangat merendah diri serta peramah.

Fazura bersama tetamu yang hadir pada majlis tersebut

"Keduanya cantik! Saya suka Athisha dengan Fazura sebab mereka berdua sangat merendah diri.

"Athisha memang baik dengan semua orang. Dia jenis seorang yang tidak suka masuk campur masalah antara adik-beradiknya," kata netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain