suria

[V] Zamani dibenarkan keluar hospital, badan dah tak ‘bengkok’ lagi

Zamani kini semakin baik dan sudah boleh berjalan.

SELESAI menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang akibat penyakit scoliosis pada Isnin lalu, penyanyi Zamani sudah dibenarkan keluar daripada hospital pada Khamis.

Berita gembira itu dikongsikan oleh isterinya iaitu Nur Juliana Abd Rani yang turut memaklumkan keadaan Zamani kini semakin baik dan sudah boleh berjalan.

Dalam perkongsian terbaharu di Instagram itu, Juliana mengucapkan terima kasih kepada pihak hospital dan semua yang mendoakan kesihatan penyanyi lagu Gerimis Mengundang itu.

"Alhamdulillah, Zamani telah dibenarkan keluar hospital petang ini.

"Saya dan Zamani ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada doktor, pasukan operasi pembedahan dan semua kakitangan hospital yang mengambil berat serta mendoakan Zamani," katanya.

zamani1 - 1

Zamani mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Zamani selamat jalani pembedahan tulang belakang, isteri ucap terima kasih doa peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Zamani sedar selepas 48 jam pembedahan tulang belakang, keluarga mohon maaf tak terima pelawat

Dalam pada itu, Juliana turut menzahirkan penghargaan kepada Datuk Aznil Nawawi dan semua individu yang membantu mendapatkan dana buat pembedahan suaminya itu.

"Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pak Nil, semua peminat-peminat, pihak media dan para penyumbang dana untuk Zamani.

"Segala budi baik dan doa anda semua amat kami hargai sehingga akhir hayat," ujarnya.

zamani2 - 1

Aznil Nawawi (tengah), antara individu yang membantu mendapatkan dana pembedahan.

Sementara itu, rata-rata peminat dan rakan selebriti meluahkan rasa syukur melihat perkembangan positif yang ditunjukkan vokalis kumpulan Slam itu.

"Alhamdulillah, semoga cepat sembuh abang Zamani.

"Semoga Allah mempermudahkan urusan abang Zamani, cepat sembuh dan boleh berjalan seperti biasa," tulis netizen.

Sebelum ini, Azil Nawawi menyampaikan sumbangan sebanyak RM122,052.93 menerusi hasil kutipan dana awam yang dilakukan untuk membantu Zamani sekitar Jun lalu.

Zamani menghidap penyakit skoliosis sejak 2015 dan keadaan dilihat semakin teruk apabila badannya tidak boleh berdiri tegak ekoran tulang belakangnya melengkung.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain