suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beto Kusyairi tak hirau dipandang enteng buat teater kecil dan drama radio

Beto masih terima tawaran drama radio.

BERPENGALAMAN berlakon dalam banyak drama dan filem, aktor Beto Kusyairi memberitahu itu bukan alasan untuk dia menolak pementasan teater atau drama radio berskala kecil. 

Kata Beto, 46, biarpun ada segelintir pihak memperlekehkan pendiriannya menerima tawaran drama radio, namun ramai tidak tahu manfaat yang diperoleh di sebalik penglibatan itu. 

“Pernah ada yang perlekehkan saya masih buat drama radio kerana kurang popular. Saya melihat dari pandangan berbeza. Ia memberi saya ilmu dan perluaskan kemahiran lakonan. 

Beto masih terima tawaran pementasan teater.

“Kepuasan saya lebih kepada ilmu. Ramai tak tahu teater adalah asas kepada lakonan dan dalam drama radio pula macam-macam saya  boleh teroka. Bukan mudah buat drama radio.

“Masih ramai lagi pelakon legenda yang terima tawaran drama radio,” katanya. 

Beto ditemui ketika sesi bacaan skrip teater terbaharu lakonannya berjudul Tragedi Malam Pesta yang berlangsung di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur pada Jumaat. 

ARTIKEL BERKAITAN: Lakonan dikritik, Nam Ron okey saja tapi bengang Beto Kusyairy kena kecam... “Saya marah dan sakit hati bila idola diganggu“

ARTIKEL BERKAITAN: Beto Kusyairy anggap Good Boys Go To Heaven raih kejayaan mutlak

Bercakap lanjut, bagi Beto pembabitanya dalam sesebuah pementasan teater bukan ditentukan oleh lokasi atau projek yang gah seperti pandangan segelintir pihak. 

“Saya tidak melihat pentas besar itu sebagai satu isu. Berbalik kepada tujuan asal saya rindukan persembahan pentas. Bukan satu masalah dari sudut gahnya pentas itu. 

“Teater dan drama radio buatkan saya boleh refresh kembali apa yang tak boleh buat di hadapan skrin. 

“Saya perlukan perkara-perkara macam ini. Kadang-kala nak tukar angin baru dan teater adalah sentiasa saya rindukan,” ujarnya. 

Tragedi Malam Pesta turut dibintangi Nabila Huda, Aloy Paradoks dan Firdaus Karim.

Pelakon ini dalam masa sama sedar penglibatan dalam teater bukanlah satu perkara mudah kerena memerlukan komitmen yang tinggi. 

“Menerima tawaran teater bergantung kepada jadual. Kalau tidak boleh beri komitmen saya akan tolak. Saya tak mahu remehkan keperluan teater seperti sesi latihan,” jelasnya. 

Sementara itu teater Tragedi Malam Pesta bakal dipentaskan selama tiga hari bermula 4 Disember bertempat di Damansara Performing Arts Centre (DPAC), Petaling Jaya. 

Selain Beto, teater arahan Afiza Asram ini turut menampilkan Nabila Huda, Aloy Paradoks dan Firdaus Karim.

 

Artikel Lain