PELAKON berkaliber Beto Kusyairy menyifatkan sambutan luar biasa terhadap drama bersiri, Good Boys Go To Heaven (GBGTH) sebagai satu kejayaan mutlak.Pemilik nama penuh Nurkusyairy Zakuan Osman, 46, berkata, dia bersyukur kerana naskah itu menjadi bualan umum ketika ini. "Ini adalah kejayaan besar yang membanggakan apabila ia (drama) diperkatakan oleh penonton (di media sosial).Drama GBGTH menjadi bualan di media sosial. "Bagi saya ini bukan hasil kerja seorang tapi semua pihak yang terlibat termasuklah pengarah, penerbit, Astro, kru dan barisan pelakon. Ia adalah satu usaha berkumpulan," katanya.Beto berkongsi kegembiraan itu ketika ditemui selepas sesi tayangan khas episod tujuh GBGTH bersama para pelakon, produksi, media dan peminat di TGV One Utama, Petaling Jaya, pada malam Khamis.Selain Beto yang menggalas watak utama Yasser dalam drama bersiri itu, majlis turut diserikan dengan kehadiran beberapa pelakon utama antaranya Zahirah MacWilson, Sayf Mikael, Amerul Affendi, Firdaus Karim dan Mila Mohsin.ARTIKEL BERKAITAN: Tidak pernah tolak berlakon drama, Beto Kusyairi pilih naskhah sesuai… Elak watak ‘penunggang agama’ ARTIKEL BERKAITAN: “Rugilah tengok semata-mata cari kekurangan” - Beto Kusyairy terbuka kritikan, minta penonton fokus mesej dalam ‘Libang Libu’Turut hadir ialah Ketua Astro Shaw dan Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara Astro selaku Penerbit Eksekutif GBGH, Raja Jastina Raja Arshad.Beto menambah, kejayaan drama bersiri lapan episod itu adalah percaturan yang menjadi."Genre dan penceritaan yang berbeza dalam drama ini menarik perhatian umum sehingga ia tular.Misteri pembunuhan Ahyan terjawab dalam episod lapan GBGTH. "Ia adalah satu pertaruhan daripada Astro Shaw (studio penerbitan) yang meninggalkan impak," katanya.Beto juga berharap sambutan positif terhadap genre dan kisah seumpama ini menjadi pendorong untuk penghasilan lebih banyak drama dengan plot berat pada masa akan datang.GBGTH yang tercetus daripada penulisan Mira Mustaffa dan diarahkan oleh Ariff Zulkarnain mula disiarkan di Astro One dan aplikasi Sooka sejak 8 Mei lalu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!