suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yonnyboii, isteri ‘dating’ seminggu sekali

Yonnyboii dan isteri ada cara kekalkan kemesraan rumah tangga.

PENYANYI dan komposer Yonnyboii mempunyai cara tersendiri dalam mengekalkan kebahagiaan bersama isterinya, Nik Nazirah selepas lima tahun melayari alam perkahwinan.

Menurut Yonnyboii, atau Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrindia, 28, dia dan isteri akan meluangkan masa berdua sekurang-kurangnya sekali seminggu sebagai usaha mengekalkan kemesraan dalam hubungan.

“Biasanya hujung minggu kami akan hantar anak ke rumah ibu bapa isteri dan keluar berdua. Itu memang wajib,” katanya kepada mStar.

Yonnyboii cari masa untuk berdua dengan isteri, Nik Nazira.

Yonnyboii berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media pelancaran lagu Sempurna yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada petang Khamis.

Tambahnya, isterinya gemar merancang percutian pendek sebagai cara untuk melepaskan tekanan selain mengeratkan hubungan mereka suami isteri.

Namun dia juga tidak menyerahkan perkara itu kepada isteri sepenuhnya.

Sebaliknya, kata Yonnyboii turut cuba mengambil inisiatif walaupun mengakui perkara itu adalah kelemahannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Yonnyboii pernah jadi mangsa buli di asrama… Warden anggap isu remeh, ini cara budak membesar

ARTIKEL BERKAITAN: Umpama mimpi jadi nyata, Yonnyboii tak sangka dapat bekerjasama dengan Malique

“Isteri saya suka pergi tempat yang agak jauh seperti Genting, Melaka atau Pulau Pinang. Saya cuma ikut saja idea dia.

“Tapi kadang saya pun ada rancang juga. Seronok dapat ‘bercuti’ sekejap daripada rutin sebagai ibu bapa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Yonnyboii tidak menafikan mereka juga pernah berdepan cabaran apabila isterinya mengalami tekanan sehingga hubungan menjadi sedikit renggang.

Situasi itu membuatkan dia mula mencari cara untuk mengambil hati isterinya dan memperbaiki hubungan mereka.

Ingatkan jaga anak sudah memadai.

YONNYBOII 

PENYANYI/KOMPOSER

“Memang sangat stres masa tahun pertama ada bayi. Kami tak dapat sesuaikan diri antara satu sama lain, keadaan pun jadi tidak menentu.

“Isteri pernah luahkan rasa seperti ‘awak asyik pentingkan anak saja, bila saya pula?’. Waktu itu saya tak faham sebab ingatkan jaga anak sudah memadai,” luahnya.

Menurut Yonnyboii, sebagai lelaki dia mengambil masa untuk memahami keperluan emosi pasangan dalam perkahwinan.

“Bila semakin matang, baru saya faham sebenarnya kita kena terus ‘hidupkan’ hubungan itu. Kalau tidak, cinta boleh pudar.

Yonnyboii makin matang selepas berkahwin.

“Saya dulu ambil ringan sebab ingat kahwin itu selamanya. Hakikatnya selepas kahwin, lagi banyak usaha yang kita kena letakkan,” jelasnya.

Untuk rekod, Yonnyboii mendirikan rumahtangga dengan Nik Nazira pada tahun 2021 dan memiliki seorang cahaya mata bersama.

Dalam perkembangan lain, Yonnyboii tampil dengan karya baharu berjudul Sempurna hasil kolaborasi bersama Harith Zazman.

Lagu itu dilancarkan sempena Hari Bapa yang disambut pada 21 Jun, sekali gus meraikan kasih sayang, penerimaan dan penghargaan terhadap insan yang melengkapkan kehidupan mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain