suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yonnyboii pernah jadi mangsa buli di asrama… Warden anggap isu remeh, ini cara budak membesar

Yonnyboii trauma menjadi mangsa buli ketika di asrama.

ISU buli semakin membimbangkan apabila segelintir pihak masih menganggapnya sebagai perkara biasa, lebih-lebih lagi apabila berlaku dalam persekitaran asrama di sekolah. 

Menurut Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 27, dia sering menjadi sasaran pembuli ketika zaman persekolahan hanya kerana kelihatan lemah dalam kalangan rakan sebaya.

"Saya senang jadi sasaran pembuli sebab nampak lemah. Pelaku nampak kita lembik dan tak mampu pertahankan diri sendiri. 

Yonnyboii pernah jadi mangsa buli.

"Pembuli memang suka jadikan orang seperti ini sebagai sasaran. Pengalaman itu tak menyeronokkan,” katanya.

Yonnyboii berkongsi perkara itu menerusi sesi temu bual di akaun TikTok rasmi Hot FM pada Isnin.

Lebih menyedihkan, Yonnyboii berkata, dia terpaksa berpindah sekolah beberapa kali gara-gara tidak tahan menjadi mangsa buli.

Malah dia mendakwa tiada tindakan sewajarnya diambil kerana ia dianggap lumrah dalam kehidupan asrama.

ARTIKEL BERKAITAN: Umpama mimpi jadi nyata, Yonnyboii tak sangka dapat bekerjasama dengan Malique

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun tiada tawaran kerja, Yonnyboii fikir macam mana nak ‘survive’ - “Ada kala rasa lemah semangat, down”

“Saya pernah terpaksa berpindah sekolah beberapa kali kerana tak tahan dibuli. Benda ini berlaku dalam asrama.

“Warden pun anggap ia sebagai perkara kecil, seolah-olah itulah cara budak-budak membesar,” ujarnya.

Tambah penyanyi lagu Salahku itu, trauma yang dilalui akibat dibuli masih kekal dalam ingatan dan sukar untuk dipadam walaupun sudah bertahun berlalu.

Yonnyboii harap isu buli dapat ditangani pihak bertanggungjawab.

“Saya pernah jumpa balik orang yang buli saya. Tapi yang peliknya, mereka boleh lupa apa yang mereka pernah buat.

“Saya tak perlukan permohonan maaf, cuma sedih sebab mereka langsung tak rasa bersalah.

“Sampai mati saya akan ingat benda ini. Bukan sebab nak ungkit, tapi ia memang kekal dalam otak,” jelasnya.

Di akhir perkongsian, Yonnyboii berharap isu buli diberi perhatian sewajarnya kerana kesannya boleh menghantui mangsa dalam jangka masa panjang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain