PELAKON Fattah Amin tampil memberi penjelasan mengenai kes yang melibatkan dirinya dan isteri Amira Othman mengenai sebuah video tular insiden keganasan terhadap seorang wanita. Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, menegaskan dia dan Amira sama sekali tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pasangan suami isteri yang memukul individu dipercayai pembantu rumah itu. “Kami keluarkan satu kenyataan untuk membuat penjelasan bahawa saya tidak ada kena-mengena dengan isu berkenaan.Tular kisah majikan kasari pembantu rumah melibatkan nama Fattah dan Amira. “Itu sahaja yang mahu dijelaskan. Kami juga tidak mahu memberi komen lebih-lebih mengenai isu ini.“Setakat yang saya tahu, kes itu masih lagi dalam urusan pihak polis dan peguam,” katanya kepada mStar. Fattah berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa sidang media Allstar Picklebash 2.0 di Pickle Social Club, Bukit Kiara, Selangor pada Khamis. ARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin, Amira Othman nafi terbabit dalam video tular kasari pembantu rumah ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fattah Amin tegur komen negatif ketika ‘live’, minta hormati usaha cari rezekiJelas Fattah, dia tampil membuat penjelasan itu bagi mengelakkan sebarang salah faham dalam kalangan masyarakat.Tambahnya, dia tampil membuat kenyataan selepas mendapati masih ada pihak yang kurang jelas atau tidak memahami situasi sebenar sehingga mengaitkan namanya dengan kes berkenaan.“Sebenarnya kenyataan itu sudah diberikan dan dimuat naik di media sosial. Kami pun tidak sangka perkara ini boleh berlaku dan menjadi tular.Fattah menegaskan dia dan Amira tiada kaitan dengan isu yang tular. “Mungkin ada juga yang tidak jelas, tidak faham atau tidak tahu mengenai perkara sebenar,” ujarnya. Sebelum ini, firma guaman yang mewakili Fattah menafikan dakwaan yang mengaitkan pelakon berkenaan dengan kes tular membabitkan seorang pembantu rumah.Arief & Iskandar Advocates & Solicitors sekali gus menegaskan Fattah tidak mempunyai sebarang kaitan dengan insiden terbabit.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!