PENYANYI Nadeera memilih untuk tidak terlalu aktif di media sosial seperti Threads demi menjaga kesihatan mentalnya, selain mahu memberi fokus kepada kerjaya seni.Kata Nadeera, 33, dia membuat keputusan itu bagi mengelakkan dirinya daripada membaca komen negatif netizen. "Untuk jaga mental saya buat masa sekarang ini saya tak main Threads. Saya guna untuk promo lagu sahaja.Nadeera sibuk promosikan lagu baharu."Sekarang ini pun saya ada lagu sedang dipromosikan iaitu Cuba Jadi Aku dan Cinta Penuh Liku,” katanya kepada mStar.Tambah Nadeera lagi, kebanyakan urusan media sosial diserahkan kepada pengurusannya bagi memastikan setiap kandungan dikendalikan dengan lebih teratur.Bagaimanapun, dia masih terlibat dalam beberapa keputusan tertentu dan akan mendapatkan pandangan pihak itu terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kesilapan.ARTIKEL BERKAITAN: Nadeera Zaini ‘potong’ gula hilang 10 kilogram, kurus bukan sebab pembedahanARTIKEL BERKAITAN: Dikenenkan peminat, Nadeera anggap Hael Husaini macam abang“Threads ke media sosial ke memang saya lepaskan kepada pengurusan, sebab pengurusan yang uruskan benda tu.“Macam saya, ada juga berbincang macam mana nak buat dengan pengurusan, tapi selebihnya saya serahkan kepada mereka,” kongsinya.Dia turut memberitahu segala urusan membalas komen peminat di media sosial juga dikendalikan sepenuhnya oleh pihak pengurusan.“Bukan 100 peratus saya serahkan. Kami sama-sama, cuma apa yang saya buat, saya akan tanya pengurusan dulu. Kadang-kadang kita pun tak tahu, takut terlepas apa-apa,” ujarnya.Dalam perkembangan lain, Nadeera mengakui sedikit gementar untuk bekerjasama dengan komposer Ajai menerusi lagu duet mereka berjudul Cinta Penuh Liku. Berkongsi mengenai pengalaman bekerja bersama Ajai, Nadeera mengakui pada awalnya dia beranggapan komposer tersebut seorang yang tegas namun proses itu memberi banyak ilmu kepadanya. “Saya gementar sebab sebelum ini tengok dia sebagai juri. Jadi saya ingat dia garang. “Tapi bila dah bekerjasama, sebenarnya dia sangat ‘cool’. Teguran yang dia bagi pun untuk kebaikan,” jelasnya yang akan melancarkan lagu Cuba Jadi Aku pada 26 Jun nanti. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!