PENYANYI Liza Hanim berkongsi pengalaman menyedihkan apabila berdepan situasi penampilannya dipersendakan oleh seorang pelawak.Menurut Liza, 47, situasi tersebut berlaku dalam sebuah acara yang melibatkan dirinya bersama beberapa selebriti lain. Keadaan menjadi kekok apabila pelawak berkenaan yang bertindak sebagai pengacara menunjukkan ke arah Liza sambil menyebut 'artis yang tidak begitu cantik'.Liza sedih berkongsi pengalaman penampilannya dipersenda. "Saya bukanlah seorang yang memiliki standard kecantikan."Tapi ditunjukkan di hadapan muka. Apa ni?" luahnya.Liza menceritakan perkara itu menerusi klip podcast Kita Kita Aja bersama pengacaranya, Datuk Aznil Nawawi.ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh terlalu mengawal anak hingga kurang menyerlah, Liza Hanim tak halang Marsya pilih hala tuju sendiri ARTIKEL BERKAITAN: Liza Hanim tamat kemelut dengan Ameng Spring, harap dapat bersemuka mohon maafPenyanyi itu dilihat tidak dapat menahan air mata ketika berkongsi pengalaman tersebut.Biarpun begitu, Liza tetap berpegang teguh pada pendiriannya untuk memperjuangkan bakat dalam industri seni.Luahan Liza mengundang rasa sebak. "Saya yakin, sebab itu saya kata berpegang pada bakat," ujarnya.Rakaman penuh podcast berkenaan ditayangkan pada Khamis pukul 8 malam.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!