PELAKON Zul Yahya tetap dengan pendiriannya untuk tidak kembali ke dunia lakonan walaupun sudah lebih sedekad meninggalkan inudustri seni.Menurut Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Yahya, 53, keputusan itu dibuat demi kebaikan anak-anak selain mahu memberi sepenuh perhatian terhadap perniagaan yang diusahakannya. "Dulu memang pernah ada tawaran, tetapi mungkin ramai sudah tahu saya akan menolak, jadi sekarang saya tidak lagi menerima apa-apa tawaran.Zul tetap dengan pendiriannya."Ramai juga kawan lama yang kini bergelar pengarah mengajak saya kembali ke set penggambaran. Mereka faham apabila saya menolak."Bukan sebab saya sudah berhijrah tapi apabila sudah ada anak-anak, saya tidak mahu perkara itu (kemasyhuran) sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka," katanya kepada mStar.Jelas Zul, dia bimbang jika anak-anaknya terdedah kepada populariti yang berlebihan pada usia muda.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Zul Yahya rugi RM1.1 juta, hampir pinjam ah long demi selamatkan rumahARTIKEL BERKAITAN: Zul Yahya masih berniaga seperti biasa, isteri kongsi keadaan terkini suamiMalah dia sangat menitikberatkan agar ketujuh-tujuh anaknnya dapat menjalani hidup dengan selamat."Bukan saya tidak mahu berlakon kerana merasakan dunia ini tidak memberi rezeki yang baik. Dunia sekarang sangat terdedah dengan kemasyhuran. Tanpa televisyen pun seseorang boleh menjadi popular melalui media sosial."Kemasyhuran hari ini juga tidak sama seperti era dahulu. Jika tidak dikawal, ia boleh menyebabkan seseorang tergelincir dan membawa kepada perkara yang memudaratkan," ujarnya.Tambah Zul, dia juga mahu anak-anak melihat sendiri kesusahan dan pengorbanan ibu bapa mereka dalam mencari rezeki.Zul hidup bahagia ditemani isterinya, Siti Raihan."Saya perlu mencari jalan rezeki yang lebih baik untuk kami sekeluarga. Saya mahu anak-anak melihat susah payah saya dan ibu mereka mencari rezeki. Dari situ, mereka boleh belajar sesuatu," kongsinya.Sementara itu, Zul memberitahu kesemua anaknya mengetahui dia pernah bergelar pelakon kerana masih menyimpan koleksi majalah dan VCD lama berkaitan kerjayanya."Mereka tahu bapa mereka seorang pelakon sebab di rumah masih banyak majalah lama. Cuma di kediaman saya memang tiada televisyen," katanya.Untuk rekod, Zul dilaporkan meninggalkan dunia hiburan sekitar 2016 dan berhijrah ke Perak bagi memberi fokus kepada perniagaannya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!