KESEMPITAN hidup yang dilalui pelakon dan usahawan, Zul Yahya mendapat perhatian ramai apabila dia secara terbuka berkongsi mengenai masalah kewangan yang pernah dihadapinya.Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Yahya, 53, mendedahkan dia mengalami kerugian kira-kira RM1.1 juta dalam perniagaan sehingga berdepan risiko kehilangan rumah yang didiami bersama keluarganya. Katanya, sekitar Februari lalu dia dikejutkan dengan notis lelongan yang dikeluarkan pihak bank terhadap kediaman tersebut."Bila bank keluarkan notis dan rumah yang saya duduki bersama anak-anak disenaraikan untuk lelongan, memang saya terkejut.Zul akui berdepan masalah kewangan. "Selepas rumah itu disenaraikan, pihak berkaitan turut menampal notis lelongan di pagar rumah kami. Saya ada dua buah rumah sebelum ini dan sebuah daripadanya sudah dilelong. Saya reda dengan perkara itu," katanya kepada mStar.Zul berkongsi perkara itu ketika ditemui pada program Ziarah Seni Madani Finas, Penggiat Seni yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa.Menurutnya, situasi melibatkan rumah yang didiaminya kini lebih sukar diterima kerana banyak wang telah dibelanjakan bagi tujuan pengubahsuaian."Cuma rumah yang kami duduki sekarang ini lain ceritanya kerana kami sudah mengeluarkan banyak wang untuk melakukan pengubahsuaian.ARTIKEL BERKAITAN: Zul Yahya masih berniaga seperti biasa, isteri kongsi keadaan terkini suami ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bukan orang alim”- Zul Yahya sengaja muat naik ‘status panas’, kini sibuk niaga nasi lemak"Malangnya, apabila rumah dilelong, nilai pengubahsuaian itu tidak diambil kira kerana harga lelongan ditentukan berdasarkan keadaan asal rumah. Jadi memang terasa rugi," ujarnya.Dalam usaha mencari jalan penyelesaian, Zul berkata dia memberanikan diri meminta bantuan orang ramai menerusi platform TikTok demi menyelamatkan rumah tersebut daripada dilelong.Katanya, dia sanggup mengetepikan rasa malu kerana tidak mahu keadaan menjadi lebih buruk sehingga terpaksa membuat pinjaman daripada ah long."Malam itu, saya solat hajat, tak tahu nak cari jalan macam mana. Saya tahu bukan mudah untuk meminta bantuan daripada rakan-rakan atau saudara-mara kerana masing-masing mempunyai kekangan sendiri. Saya reda dengan perkara ituZUL YAHYA PELAKON "Tetapi Allah buka hati saya dan beri keberanian untuk berkongsi perkara itu. Ketika itu saya hanya ada tempoh kurang dua minggu sebelum rumah dilelong."Bila saya berani berkongsi, ada juga yang bertanya sama ada saya tidak malu meminta bantuan."Tetapi saya fikir, daripada kehilangan rumah atau membuat pinjaman ah long yang hanya akan menambah beban dan tekanan, lebih baik saya berusaha mencari jalan lain," katanya.Zul bersama isteri dan anak-anaknya. Usahanya itu bagaimanapun membuahkan hasil apabila ramai tampil menghulurkan bantuan, sekali gus membolehkannya menyelesaikan masalah berkenaan."Alhamdulillah, ramai yang membantu. Dengan keberanian yang Allah beri itu, akhirnya masalah rumah tersebut dapat diselesaikan."Dengan keberanian yang Allah beri itu juga, saya dapat lihat ramai orang berpeluang melakukan kebaikan," katanya.Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Datuk Azmir Saifuddin (kiri) meluangkan masa bersama Zul. Zul menambah, dia kini memilih untuk tidak lagi menerima bantuan kerana masalah utama yang dihadapinya sudah diselesaikan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!