suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga bulan ‘cut sugar’, Haqiem Rusli capai sasaran 64 kilogram... Dah dapat semula jawline

Haqiem berjaya capai sasaran berat badan yang diinginkan.

PENYANYI Haqiem Rusli berkongsi dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak tujuh kilogram menerusi kaedah mengurangkan pengambilan gula dalam makanan.

Secara ringkas, Haqiem atau Ridzuan Haqiem Rusli, 28, memberitahu dia mengamalkan gaya pemakanan sebegitu hanya dalam tempoh tiga bulan.

Menulis perkara tersebut di laman Instagram miliknya, penyanyi itu secara berseloroh turut mengajak orang ramai mencuba cara sama dalam usaha mendapatkan berat badan yang diingini.

Perubahan berat badan Haqiem sebelum (kiri) dan selepas mengamalkan diet. 

"1,800 kalori sehari dan cut gula putih. Tiga bulan sahaja hasilnya. Saya boleh, takkan awak tak boleh.

"Tambah bersukan dua jam dalam dua atau tiga kali seminggu, pasti jadi," kongsinya.

Haqiem turut memuat naik dua gambar berbeza yang menunjukkan dirinya sebelum ini memiliki berat badan 71 kilogram sebelum menjalani diet tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Revolusi Haqiem Rusli, isteri beri galakan tukar imej... Kisah Michael Jackson jadi inspirasi 

ARTIKEL BERKAITAN: Dah bertahun jadi artis, baru sekarang Haqiem Rusli beli mikrofon sendiri... Isteri beri nama ‘Mochiko’

Menurut penyanyi lagu Tergantung Sepi itu, mengawal pengambilan makanan menjadi lebih mudah selepas dia mencapai sasaran berat badan 64 kilogram.

Haqiem juga tidak menolak untuk menikmati makanan kegemarannya, namun akan kembali berdiet bagi menurunkan berat badan.

Haqiem turut berkongsi pesan untuk melakukan senaman. 

"Bila dah capai sasaran 64 kg dan dah tahu flow nak kurus, saya ada cheat bercuti dua atau tiga hari makan macam-macam dan minum manis.

"Lepas naik dua atau tiga kilogram, buat balik. Macam saya, 64 kg cukuplah. Asalkan nampak jawline semula, memadai," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain