suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lisa Surihani tak pernah keluar kenyataan tinggalkan dunia lakonan, ada beberapa punca tawaran tidak jadi

Lisa tidak pernah keluar kenyataan berhenti berlakon.

DISANGKA sudah tidak lagi mahu berlakon, Datin Lisa Surihani menjelaskan dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sudah berhenti atau bersara sepenuhnya daripada bidang seni.

Menurut Lisa, 40, dia mungkin dilihat kurang aktif dalam lakonan adalah disebabkan faktor tawaran yang diterima kadang-kala tidak bersesuaian.

"Sebenarnya daripada sebelum mengerjakan haji, saya tak pernah memberikan mana-mana kenyataan yang saya meletakkan tanda noktah kepada kerjaya lakonan saya. 

Lisa bersedia berlakon sekiranya naskhah itu bersesuaian. 

"Adakalanya ada tawaran yang mungkin tiba-tiba tak terjadi adalah atas sebab yang berbeza-beza. Ada yang mungkin masa dan sebagainya," katanya kepada mStar. 

Mengulas mengenai perasaan rindu suasana di set penggambaran, Lisa yang mula berkecimpung dalam dunia seni sejak usia 11 tahun mengakui fasa penghijrahan yang dilaluinya sejak tahun 2019 banyak mengubah sudut pandangnya terhadap kerjaya.

Malah, dia kini lebih selesa meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada takdir dan rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah SWT tanpa perasaan ralat.

"Mungkin saya sudah sampai satu peringkat ataupun mungkin kerana juga dengan penghijrahan saya sejak tahun 2019 dan sebagainya, saya bersifat berlapang dada dengan setiap rezeki yang datang sama ada kecil tau besar. 

ARTIKEL BERKAITAN: Doa Lisa Surihani mahu pergi haji pada usia 40 tahun tercapai, sejuk hati dengar ucapan ‘sweet’ Yusry

ARTIKEL BERKAITAN: Pelukan rindu sambut kepulangan ‘hajah’ Lisa Surihani, Yusry akui rumah tak sempurna tanpa isteri

"Sebab saya percaya, Allah ialah sebaik-baik perancang. Tentang rindu itu, bagi saya yang sudah tidak kerap berlakon beberapa tahun ini, saya kena percaya dengan perancangan Allah," ujarnya. 

Dalam pada itu, Lisa memberitahu dia masih lagi menerima tawaran lakonan sehingga kini, namun kebanyakannya tidak dapat dijayakan atas faktor-faktor tertentu.

Malah, dia sering mendapatkan pandangan daripada orang terdekat seperti suami dan ibu sebelum membuat sebarang keputusan besar dalam kerjayanya.

"Alhamdulillah, ada (tawaran). Cuma tak sempat ataupun ada sahaja macam-macam faktor yang terjadilah. Walaupun tidak sebanyak dulu, tapi ada," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

 

Artikel Lain