suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rabbani komited hidupkan industri nasyid, perlu sokongan untuk lebih meriah

Unic dan Rabbani bakal membuat persembahan di konsert Malam Qalbu.

INDUSTRI muzik nasyid dan kerohanian di Malaysia semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat, namun masih berdepan cabaran terutama daripada segi penajaan program.

Perkara itu dikongsikan oleh anggota kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz yang mengakui kesukaran mendapatkan tajaan menjadi antara faktor program berunsur kerohanian sedemikian masih belum mencapai tahap ‘semeriah’ seperti di negara jiran, Indonesia.

“Selalu yang kami dengar, banyak organisasi nak buat program nasyid atau Islamik ni susah nak dapat sponsor. Sebenarnya ikut kesedaran masing-masing.

Rabbani  sedia hiburan peminat nasyid.

“Tak boleh jadikan alasan program Islamik tak ada sponsor,” katanya kepada mStar.

Dia berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Konsert Malam Qalbu di Petaling Jaya, Selangor pada Isnin.

Menurut Azadan lagi, usaha menyampaikan mesej kebaikan melalui muzik bukan hanya terletak pada bahu artis, sebaliknya ia merupakan tanggungjawab bersama semua pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Rabbani ikut trend ‘goyang bahu’, mahu sampaikan dakwah lebih santai

ARTIKEL BERKAITAN: Aeydan pelapis Rabbani, tekad bawa mesej Islamik dengan cara segar... Kini bergelar mutawif

Malah dia turut mengimbas kegemilangan industri nasyid pada era 1990-an yang disifatkan berjaya kerana sokongan menyeluruh daripada pelbagai pihak termasuk produksi, media serta penerimaan masyarakat ketika itu.

“Sebab apa kami yakin artis nasyid ke, artis lagu-lagu ketuhanan atau artis yang membawa lagu kebaikan, itu tanggungjawab setiap orang kita. Jadi semua ini sebenarnya soal kesedaran,” kongsinya.

Sementara itu, wakil penganjur After Music menjelaskan program seperti Malam Qalbu merupakan langkah awal dalam usaha menghidupkan semula program berunsur kerohanian dalam bentuk hiburan.

Sesi sidang media Konsert Malam Qalbu.

Malah, sekiranya sambutan menggalakkan, pihak penganjur bercadang untuk memperbesarkan lagi skala program pada masa akan datang.

“Ini adalah ‘first trial’. Insya-Allah lepas ini kita akan buat lagi banyak.

“Kalau nak tunggu semua baik baru nak buat benda baik, memang tak akan jadi. Kami cuma jadi asbab saja, selebihnya hidayah Allah,” ujarnya.

Rabbani bersama penganjur konsert Malam Qalbu.

Konsert Malam Qalbu yang bakal berlangsung di IdeaLive Kuala Lumpur pada 24 Ogos ini akan menampilkan persembahan Opick, Mawi, Rabbani, UNIC dan The Rayhan.

Menariknya, konsert itu turut diselitkan dengan penceritaan berkonsepkan kerohanian menerusi segmen Gimik Pembukaan Sirah & Cahaya, Interlude Pantomim serta Visual Poetry.

Ia juga akan diakhiri dengan alunan selawat menyatukan penonton dalam suasana ukhuwah dan kecintaan kepada Rasulullah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain