ISU tuntutan bayaran melibatkan UNIC memberi pengajaran besar kepada anggota kumpulan itu agar lebih berhati-hati dalam mengendalikan sebarang urusan kerja pada masa akan datang.Menurut Bazli Hazwan Che Osman, 42, mereka kini lebih berwaspada setiap kali menerima tawaran untuk mengadakan konsert susulan pengalaman yang pernah dilalui sebelum ini. “Trauma itu memang ada, tapi setiap masalah itu satu pembelajaran dan pengalaman apabila berjumpa dengan orang baharu. Kami semua dapat ilmu daripada kejadian itu.Fitri selaku ketua UNIC membuat laporan polis berkaitan isu bayaran tertunggak.“Mungkin ada syarat-syarat tertentu kami akan letakkan supaya perkara sama tidak berulang. Hakikatnya, kes ditipu dalam industri ini memang banyak berlaku," katanya kepada mStar.Bazli berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Malam Qalbu yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada Isnin.Tambahnya lagi, sejak kejadian itu, mereka kini lebih mengutamakan aspek pengurusan terutamanya dokumentasi membabitkan kerja.ARTIKEL BERKAITAN: UNIC belum terima bayaran konsert, Fitri Haris buat laporan polis.... Beri notis satu mingguARTIKEL BERKAITAN: Tuntutan bayaran selesai, penganjur konsert lunas tunggakan RM106,000 kepada UNIC“Dokumentasi sangat penting. Kita kena ada perjanjian, catatan dan hitam putih dalam setiap urusan. Kadang artis tidak tahu menguruskan hal itu.“Kedua, kita belajar bahawa orang luar tetap orang luar. Baik macam mana pun, kita perlu berhati-hati walaupun mereka nampak meyakinkan,” ujarnya.Dalam masa sama, Bazli turut menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu mudah terpengaruh dengan janji manis pihak tertentu.Isu bayaran tertunggak selesai dalam tempoh seminggu.“Kalau orang terlalu banyak janji manis, kita kena berhati-hati. Jangan terlalu mudah percaya. Biarlah janji itu realistik dan jelas dari awal,” ujarnya.Pada April lalu, anggota UNIC, Fitri Haris tampil membuat laporan polis selain menuntut bayaran tertunggak berhubung konsert This Is UNIC.Bagaimanapun selepas empat bulan menanti, penganjur akhirnya melunaskan sepenuhnya bayaran berjumlah RM106,000 kepada kumpulan tersebut.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!