suria

UNIC belum terima bayaran konsert, Fitri Haris buat laporan polis.... Beri notis satu minggu

Fitri tampil membuat laporan polis berhubung isu berkenaan.

LAMA berdiam diri, anggota UNIC iaitu Dr Fitri Haris mendedahkan pihak penganjur  konsert bagi kumpulan tersebut masih gagal melunaskan baki bayaran yang tertunggak sejak empat bulan lalu.

Fitri atau Fitri Haris, 42, memaklumkan pihaknya telah pun membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan lanjut diambil terhadap pihak berkenaan.

Tegas Fitri, UNIC kini tidak lagi mahu bertolak ansur dan memberikan tempoh selama satu minggu untuk penganjur menyelesaikan segala tunggakan sebelum tindakan undang-undang lebih berat diambil.

Pendedahan Fitri mengenai penganjur konsert UNIC. 

"Satu laporan polis telah dibuat bagi tindakan selanjutnya. Urusan lain di peringkat menunggu surat tuntutan (LOD) dan atas budi bicara kami UNIC. 

"Konsert sudahpun berlalu lebih empat bulan, bayaran masih belum diselesaikan sepenuhnya," katanya dalam satu hantaran di InstaStory pada Ahad. 

Laporan di buat di Balai Polis Bangi, Selangor pada Januari lalu melibatkan tunggakan bayaran lebih RM50,000. 

Bayaran berkenaan melibatkan hasil keuntungan daripada jualan tiket serta sebahagian wang tajaan. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pendedahan Fitri UNIC diganggu ‘geng kunyit’ bukan untuk viral, sekadar beri kesedaran supaya tampil bersuara

ARTIKEL BERKAITAN: Tak terkejut golongan berjawatan ditahan kes spa luar tabii, Fitri UNIC dedah pernah jadi mangsa gangguan… “Dia tanya saya open minded tak?”

Ketika dihubungi Fitri juga memberitahu pihak berkenaan sering memberi alasa setiap kali dia menuntut bayaran. 

Tambah Fitri, dia bersama ahli kumpulan yang lain telah memberikan komitmen sepenuhnya bagi memastikan kelancaran konsert tersebut namun berakhir dengan kekecewaan.

"Dia tak pernah lari, tapi ada sahaja alasan yang diberikan. Sebab itu saya kongsi laporan polis yang dibuat pada Januari lalu. Dia ada hubungi dan saya beri masa untuk dia bertindak. 

"Para penaja selesai, semua diambil, duit tajaan, duit tiket. Kami bekerja pagi petang siang dan malam (tapi belum dibayar)," ujarnya. 

UNIC beri notis seminggu untuk selesaikan isu berkenaan. 

Dalam pada itu, Fitri turut memberi amaran agar penganjur tersebut segera bertanggungjawab dan tidak mengambil kesempatan atas kesabaran yang diberikan selama ini.

"Moga Allah buka hati penganjur dan saya masih ada perasaan untuk anak dan isteri kamu, jadi selesaikan secepatnya. Insya-Allah, satu minggu notis," katanya.

Sebelum ini, UNIC yang turut dianggotai Bazli Hazwan dan Fakhrul Radhi mengadakan konsert This Is UNIC: Live In Concert pada 20 Disember tahun lalu di Idea Live Arena, Petaling Jaya, Selangor.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain