suria

Natasha Hudson timang cahaya mata lelaki pertama

Natasha (kanan) selamat melahirkan bayi lelaki pertama pada Sabtu.

PELAKON Natasha Hudson berkongsi khabar gembira selamat melahirkan anak kelima pada Sabtu. 

Bayi lelaki seberat 3.2 kilogram itu selamat dilahirkan pada pukul 1.15 petang di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur. 

Kelahiran bayi lelaki ini memberi makna besar buatnya selepas dikurniakan empat orang cahaya mata perempuan sebelum ini.

Natasha berkongsi keterujaan melahirkan bayi lelaki pertama.

"Alhamdulillah, hari ini (Sabtu) pukul 1.15 petang, kami telah menyambut kelahiran bayi lelaki pertama dengan berat 3.2 kilogram. 

"Selepas melahirkan empat orang puteri yang cantik, ini sangat bermakna untuk saya," katanya. 

Natasha berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Natasha Hudson dah kahwin... Pengalaman lalu mematangkan, yakin suami pilihan terbaik

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah dan badan dilumur tanah liat, Natasha Hudson kongsi tutorial buat masker semula jadi

Dalam pada itu, Natasha turut menggambarkan pengalaman bersalin kali ini sebagai satu detik yang penuh ketenangan dan dipermudahkan.

"Proses bersalin berjalan dengan lancar dan tenang dan hati saya dipenuhi dengan rasa syukur atas pengalaman yang begitu mudah dan penuh ketenangan.

"Benar, inilah satu anugerah yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, hadiah yang sangat berharga daripada Tuhan untuk keluarga kami," ujarnya. 

Natasha bersyukur dengan kelahiran cahaya mata kelima.

Untuk rekod, Natasha mendirikan rumah tangga jejaka pilihan hatinya dikenali sebagai Jay Jasmin pada 28 Mac 2022.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang lagi cahaya mata iaitu Kaia yang kini berusia dua tahun. 

Sebelum ini, Natasha juga memiliki tiga anak perempuan iaitu Neesa Helena, Naeema Kalila dan Faatimah hasil perkahwinan terdahulu

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain