PELAKON Ako Mustapha berkongsi perkembangan terkini anaknya, Mika yang sebelum ini didakwa menjadi mangsa buli di sekolah. Ako atau Muhaizad Ahmad Mustapha, 55, berkata, Mika kini masih dalam pemantauan selepas mendapatkan rawatan daripada pakar psikiatri, yang mengesahkan anaknya mengalami trauma. Dia dalam masa sama memberitahu melihat perubahan pada anaknya itu dipercayai kesan akibat kes buli yang sudah lama berlarutan. "Dari awal tahun Mika memang kerap mimpi ngeri, terkencing dalam seluar. Masa itu saya ingatkan anak saya malas ke tandas. Rupanya itu tanda trauma. Ako berkongsi perkembangan Mika di Threads miliknya."Lagi satu saya pelik bila ada orang bunyikan loceng pintu, Mika akan menyorok ketakutan. Mummy (isteri) dia kena peluk dan beritahu tak mengapa hanya keluarga yang datang ke rumah"Kesan bengkak di perut sudah hilang, cuma lebam belakang pinggang Mika masih ada. Doakan anak saya cepat sembuh," katanya. Ako berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya pada Ahad.Ako turut mendedahkan kejadian sebenar yang menimpa Mika terbongkar selepas seorang ibu bapa rakan sekelas anaknya datang melawat ketika Mika dirawat di hospital.ARTIKEL BERKAITAN: Ako Mustapha dakwa anak jadi mangsa buli di sekolah, kesan tapak kasut dan tumbukanARTIKEL BERKAITAN: Kes buli anak Ako Mustapha dapat perhatian menteriMenurutnya, ibu berkenaan menunjukkan video yang memaparkan beberapa murid dipercayai memaksa Mika memberikan wang."Masa isteri jaga Mika di hospital, salah seorang ibu bapa kawan anak saya datang melawat. Ibunya tunjuk video budak kelas beritahu budak-budak (suspek) suka minta duit Mika. "Kalau tak bagi, mereka akan rosakkan barang-barang milik Mika. Baru saya teringat sebelum ini Mika selalu minta RM10, RM20 cakap nak belanja kawan-kawan. "Saya ingatkan anak saya baik hati suka belanja kawan-kawan," ujarnya. Dari awal tahun Mika memang kerap mimpi ngeri, terkencing dalam seluar. Masa itu saya ingatkan anak saya malas ke tandas.AKO MUSTAPHAPELAKONMengulas lanjut, Ako mengakui sebelum ini dia menyangka anaknya sekadar bersikap pemurah terhadap rakan-rakan, tanpa menyedari perkara sebenar."Setiap hari balik dari sekolah Mika akan minta saya singgah kedai. Mika cakap nak belikan kawan-kawan gula-gula. "Saya layankan saja permintaan itu dari awal tahun. Rupanya selama ini Mika kena pau. Budak-budak sekarang apa nak jadi. "Kalau budak sekolah menengah saya faham, ini baru 10 tahun," katanya. Ako mahu menuntut pembelaan buat Mika.Sebelum ini, Ako menerusi hantaran dimuat naik di Threads memaklumkan kejadian itu membabitkan lima murid iaitu dua murid senior dan tiga rakan sekelas.Menurut Ako, kejadian yang menimpa Mikael atau mesra disapa Mika hanya disedari selepas anaknya itu pulang dari sekolah dan selesai mandi.Terdahulu, polis mengesahkan menerima laporan anak Ako yang didakwa menjadi mangsa buli di sekolahnya di Wangsa Maju.Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman dilapor berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan polis berhubung kejadian itu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!