suria

Ako Mustapha dakwa anak jadi mangsa buli di sekolah, kesan tapak kasut dan tumbukan

Ako mendakwa anaknya menjadi mangsa buli.

PELAKON Ako Mustapha mendakwa anaknya yang dikenali sebagai Mika menjadi mangsa buli di sekolah dalam satu kejadian yang berlaku pada Selasa.

Ako atau Muhaizad Ahmad Mustapha, 55, berkata insiden itu hanya disedari selepas Mika pulang ke rumah.

Menurut Ako, dia juga mendapati terdapat kesan tapak kasut dan tumbukan pada bahagian perut Mika.

Pendedahan Ako yang dimuat naik di Threads miliknya.

"Hari ini (Selasa) rasa marah sangat, anak saya Mika kena buli di sekolah oleh lima orang pelajar. 

"Balik dari sekolah Mika mandi, dia beritahu kena buli di sekolah. 

"Bila saya keringkan badan dia perasan di perut ada kesan tapak kasut dan tumbukan. Saya terus soal siasat dan Mika pun cerita," katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Anak menangis rindu... Ako Mustapha pilih kerja belakang tabir dapat lebih masa bersama keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Ako Mustapha hanya dengar cakap doktor pakar, isteri pula ‘pengawas’ pantau pemakanan

 

Ako berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya. 

Dalam pada itu, Ako memaklumkan dia sudah mengumpulkan bukti kejadian dan akan diserahkan kepada pihak sekolah untuk tindakan lanjut.

"Mika ada mengadu sakit perut dan dada. Isteri saya dah ambil gambar dan video kesan buli. 

"Semua gambar dan video dan diserahkan kepada guru kelas untuk siasat ambil tindakan seterusnya. Alhamdulillah guru beri kerjasama yang baik," ujarnya. 

Susulan kejadian itu, Ako segera membawa anaknya mendapatkan rawatan di klinik kesihatan sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.

Ako memaklumkan anaknya kini dirawat di hospital.

"Selepas doktor di klinik kesihatan buat pemeriksaan, dia bagi surat untuk ke HKL. 

"Sekarang anak saya masih lagi di HKL kena puasa sebab doktor nak buat pemeriksaan sinar X. 

"Doakan semuanya baik-baik buat anak saya," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain