suria

Netizen belum ‘move on’ isu lama, Ira Kazar tenang masih dilabel penyondol - “Saya dah imun, dah tak lut”

Ira malas layan komen negatif netizen.

BEKAS isteri kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar berlapang dada apabila dirinya masih dilabel sebagai penyondol, meskipun kisah rumah tangga mereka sudah berakhir sejak dua tahun lalu.

Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, 31, berkata dia tidak mampu mengawal setiap kata negatif yang dilemparkan netizen terhadapnya di media sosial.

Ira bagaimanapun berkata sokongan daripada keluarga terutama ibu bapanya banyak membantu dia untuk kekal tenang berdepan situasi tersebut.

Ira kekal tenang dengan komen negatif.

“Saya terima saja kerana itulah netizen yang kita tak boleh nak kawal. Mereka yang tulis, bukan saya.

“Mungkin ketenangan ini datang daripada ayah dan ibu. Mereka lebih percaya kepada saya daripada fikirkan apa orang luar kata kerana mereka yang hadap dan lebih tahu,” katanya kepada mStar.

Tambah Ira, dia juga sudah lali dengan komen negatif yang dilemparkan terhadapnya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai cuba dekat tapi Ira Kazar cari lelaki bijak kawal konflik… Ada status, bukan orang industri

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pintu hati Ira Kazar belum tertutup soal jodoh, mahu cari lelaki ‘biasa’ sebagai pasangan hidup

Namun, dia memilih untuk tidak melayan perkara tersebut dan lebih selesa meluangkan masa bersama keluarga sebagai cara untuk mengatasinya.

“Kalau komen negatif memang masih ada, tapi saya dah imun. Ayat mereka pun sama saja, jadi dah macam tak lut.

“Tapi ada hari bila mood tak baik, tetap terkesan juga bila membaca. Jadi saya ambil pendekatan ‘whatever’ dan buat benda lain,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ira memberitahu dia tidak pernah menerima serangan secara berdepan, namun mengakui sering mendapat pandangan sinis ketika berada di tempat awam.

Ira pilih luangkan masa bersama keluarga.

“Bercakap secara depan memang tiada, tapi pandang sinis itu biasa. Tiada lagi yang berani datang serang depan-depan, mereka kan ‘keyboard warrior’,” katanya.

Untuk rekod, Ira mendirikan rumah tangga dengan pengarah dan pelakon Syamsul Yusof pada 6 Januari 2023 di selatan Thailand sebelum mendaftarkan perkahwinan mereka di Perlis pada 20 Januari tahun sama.

Bagaimanapun, perkahwinan tersebut tidak berkekalan apabila mereka sah bercerai pada 5 September 2024.

Sebelum itu, Syamsul pernah berkahwin dengan pelakon Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014 sebelum berpisah pada 14 Jun tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain