suria

Team Ammar Nazhan hilang lagi, Kamal Adli harap ‘real’ bukan content

Kamal (kiri) membuat teguran terbuat kepada Ammar (tiga dari kanan).

PERKONGSIAN mengenai kehilangan seorang rakan kepada personaliti media sosial, Ammar Nazhan mengundang persoalan netizen termasuklah pelakon Kamal Adli.

Kamal atau Ahmad Kamal Adli, 42, mempersoalkan kesahihan berita tersebut memandangkan Ammar sebelum ini pernah terpalit dengan kontroversi menghasilkan kandungan sensasi berkaitan kehilangan individu.

"Awak ni memang terkenal dengan content tau. Harap ini real (benar). Asyik hilang saja," katanya. 

Kamal (kiri) menegur konten yang dimuat naik oleh Ammar di Threads.

Komen ditinggalkan Kamal di laman Threads itu bagaimanapun mendapat reaksi Ammar yang mengakui kejadian terbaharu itu benar-benar berlaku dan bukan content semata-mata.

"Ini real bang," ujarnya. 

Sebelum itu, Ammar memuat naik satu hantaran di Threads memaklumkan bahawa seorang ahli daripada pasukannya dilaporkan hilang dan tidak dapat dihubungi.

Menurutnya, keluarga mangsa telah membuat laporan polis selepas gagal mengesan keberadaan individu tersebut. 

ARTIKEL BERKAITAN: Ammar Nazhan kesal dituduh sengaja rancang ‘content’ murahan ‘influencer’ hilang di hutan Bandung! - “Sekarang ni Eyka dah stres...”

ARTIKEL BERKAITAN: Sah! Kehilangan Eyka adalah cerita palsu - Polis Indonesia

Malah, mereka turut mengesyaki mangsa diculik oleh seorang lelaki yang mendakwa merupakan suami wanita itu.

"Keluarga kepada talent AM telah hadir untuk membuat laporan polis selepas anak mereka didapati tidak dapat dihubungi. 

"Pihak keluarga juga mengesyaki mangsa telah diculik oleh seorang lelaki yang mendakwa sebagai suami, namun perkahwinan tersebut berlaku di Thailand dan tidak berdaftar secara sah di Malaysia," tulisnya.

Ammar sebelum ini sering mencipta kandungan sensasi untuk perhatian ramai.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Ammar dikaitkan dengan kandungan berunsur sensasi.

Pada Februari tahun lalu, namanya menjadi perhatian apabila menghasilkan konten mengenai kehilangan seorang personaliti media sosial dikenali sebagai Eyka, yang kononnya hilang ketika menjalankan aktiviti paranormal di sebuah hutan di Bandung, Indonesia.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut akhirnya terbongkar apabila jurucakap Polis Daerah Panyileukan mengesahkan bahawa insiden berkenaan hanyalah rekaan semata-mata bagi meningkatkan jumlah tontonan dan pengikut di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain