suria

Ammar Nazhan kesal dituduh sengaja rancang ‘content’ murahan ‘influencer’ hilang di hutan Bandung! - “Sekarang ni Eyka dah stres...”

Ammar memberi penjelasan susulan kontroversi yang menyelubungi kes kehilangan Eyka.

PERSONALITI media sosial sensasi, Ammar Nazhan menolak segala tuduhan serta dakwaan pihak tertentu dan warga maya yang menyatakan insiden kehilangan seorang ahli pasukannya ketika melakukan aktiviti paranormal di Bandung, Indonesia hanya sekadar 'content' semata-mata.

Bercakap kepada mStar, Ammar atau nama sebenarnya Ammar Mohd Nazhan Noralyadi, 29, menjelaskan pihak luar sewenang-wenangnya membuat pelbagai dakwaan dan andaian tidak benar kerana tiada di lokasi kejadian.

Malah Ammar juga tegas menafikan dakwaan agensi pengurusan bakat (talent agency) yang tampil mengesahkan insiden kehilangan individu yang juga pempengaruh media sosial dikenali sebagai Eyka itu adalah rekaan.

ammar 2

Eyka ditemukan dalam keadaan lemah pada malam Rabu.

"Mereka boleh buat assumption (andaian), boleh cakap itu, ini. Assumption itu datang daripada mulut orang luar yang tiada ketika kejadian itu.

"Saya tengok juga ada seseorang buat posting yang mengaitkan talent agency, kata (talent) tak dapat bayaran dan sebagainya.

"Macam mana boleh kata macam tu sedangkan (mereka) tak ada kaitan dengan kejadian di sini (Bandung).

"Itu yang kami pelik. Benda ni betul-betul dah jadi sebab kita pun dah selesai bagi kenyataan kepada polis, semuanya dah okay," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Saya akan minta Eyka keluarkan kenyataan, biar dia sendiri yang bercakap. Saya takkan campur.

AMMAR

Terdahulu, mStar pada Rabu melaporkan seorang personaliti media sosial dikenali sebagai Eyka, hilang semasa melakukan aktiviti paranormal di Makam Keramat Hutan Bambu di Bandung, Indonesia.

Usaha mencari Eyka giat digerakkan dan melibatkan pihak berkuasa negara berkenaan serta orang kampung.

ARTIKEL BERKAITAN: Influencer Malaysia hilang dalam hutan di Bandung ketika aktiviti paranormal, usaha mencari giat dijalankan

ARTIKEL BERKAITAN: Influencer hilang ketika rakam kandungan paranormal selamat, rakan laung azan sebelum mangsa ditemukan lemah di celah semak samun

Bagaimanapun selepas tiga hari dilaporkan hilang, Eyka akhirnya ditemukan pada pukul 10 malam Rabu, dalam keadaan lemah.

Bercerita lebih lanjut, Ammar mengakui dirinya kesal dengan tanggapan buruk orang ramai mengenai kejadian tersebut.

"Saya betul-betul sedih sebab kita tak boleh nak tunjuk dekat orang apa yang berlaku dekat sini. Yang kita boleh tunjuk adalah apa yang dah berlaku. Dan benda ni dah selesai dekat sini.

"Kebanyakannya pandang kisah lama saya, kontroversi yang melibatkan saya dulu.

ammar 4

Ammar (gambar kiri, depan) bersama rakan-rakan dan pihak berkuasa di Bandung yang melakukan usaha pencarian Eyka.

"Tapi jangan kaitkan dengan kejadian sekarang. Tolong jangan bawa kejadian yang lepas-lepas pasal diri saya sebab team saya tak salah.

"Kalau talent agency berani tampil, saya sendiri akan berdepan dengan mereka," tegasnya.

Malah ujarnya, reaksi keterlaluan daripada warga maya turut memberi kesan kepada Eyka yang baharu dibenarkan keluar dari hospital pada petang Khamis.

"Sekarang ni Eyka dah stress sebab seolah-olah orang tak percaya cakap dia.

"Saya akan minta Eyka keluarkan kenyataan, biar dia sendiri yang bercakap. Saya takkan campur," ujarnya lagi.

Ammar sebelum ini terpalit dengan beberapa kontroversi antaranya didakwa tinggal serumah dengan ahli pasukannya dan bercampur dengan bukan muhrim; serta video pertunjukan fesyen wanita berniqab, namun dia tampil membuat permohonan maaf.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain