suria

Influencer hilang ketika rakam kandungan paranormal selamat, rakan laung azan sebelum mangsa ditemukan lemah di celah semak samun

Eyka ditemui dalam keadaan lemah selepas tiga hari di dalam hutan.

PERSONALITI media sosial dikenali sebagai Eyka ditemukan selamat kira-kira pukul 10 malam waktu Malaysia selepas hampir tiga hari hilang ketika merakam aktiviti paranormal di Makam Keramat Hutan Bambu di Bandung, Indonesia.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Arasz Abdullah, 35, yang menemui Eyka kira-kira 200 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Berkongsi mengenai perkara itu, Arasz memaklumkan dia melaungkan azan sebelum hatinya tergerak untuk melihat lorong kecil dan menemui Eyka atau Nur Syafiqah, 22 dalam keadaan terbaring dan lemah.

Eyka terpaksa pimpin untuk di bawa keluar hutan berkenaan.

Eyka terpaksa dipimpin untuk dibawa keluar dari hutan.

"Saya jumpa dia di kawasan agak jauh dari tempat dia hilang di bawah pondok kecil, dia terbaring di sekitar semak di situ.

"Dia macam tersorok di situ, laluan agak kecil untuk ke kawasan itu tapi sejak semalam kami sudah cari di situ memang tidak jumpa," katanya ketika dihubungi mStar.

Menurut Arasz, Eyka ditemukan dalam keadaan lemah selain wajah dan bahagian kepalanya terdapat kesan bengkak.

ARTIKEL BERKAITAN: Influencer Malaysia hilang dalam hutan di Bandung ketika aktiviti paranormal, usaha mencari giat dijalankan

ARTIKEL BERKAITAN: Ammar Nazhan dah cukup banyak masalah, dakwa diburukkan influencer adik-beradik pula... Hilang 200,000 pengikut di YouTube

Malah ketika ini, Eyka juga sedang mendapatkan rawatan berhampiran kawasan berkenaan kerana keletihan dan kelaparan.

"Dia memang lemah, muka dan kepala dia sedikit bengkak macam kena pukul. Dia pun tak boleh bercakap sekarang kerana terlalu lemah.

"Sekarang ini dia sedang dapat rawatan di hospital berhampiran, kami tidak dapat jumpa dia lagi kerana dijaga oleh rakan-rakan perempuan yang lain,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Arasz juga memaklumkan pihak keluarga Eyka juga sudah menerima khabar berkenaan sebaik sahaja dia ditemukan selamat.

eyka1

Semasa misi menyelamat Eyka dilakukan oleh rakan dan pihak berkuasa Indonesia.

Malah mereka bersyukur apabila penduduk setempat serta pihak berkuasa tempatan membantu dalam usaha mencari Eyka.

"Alhamdulillah pihak keluarga Eyka sudah tahu berita ini dan mereka lega anak mereka selamat.

"Kami juga berterima kasih kepada semua penduduk, rakan di sini dan pihak polis yang sama-sama membantu mencari Eyka selama beberapa hari ini," ujarnya.

Sebelum ini, mStar melaporkan Eyka hilang semasa melakukan aktiviti paranormal di sebuah hutan di Bandung, Indonesia sejak Isnin lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain