SEKIAN lama tidak berinteraksi di media sosial, pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies dilihat berbalas komen di Instagram. Apa mencuri perhatian, kedua-dua pelakon sensasi itu tanpa berselindung menunjukkan kemesraan menerusi penggunaan emoji. Aliff dilihat berinteraksi dengan Ruhainies, 33, selepas aktres itu berkongsi foto menggayakan persalinan rona merah jambu sambil bergambar bersama sebuah kereta mewah. Ruhainies berbalas emoji di ruangan komen Instagram. Menerusi kapsyen pada gambar tersebut, Ruhainies memberitahu tidak akan menghabiskan tenaga bagi melayan perkara-perkara tidak sepatutnya. "Tenaga adalah 'mahal', kita tidak akan berikan 'percuma' tahun ini," tulisnya. Tanpa menulis sebarang komen, Aliff memberikan respon dengan menggunakan tiga emoji yang menunjukkan perasaan kagum, menggigil dan cinta. ARTIKEL BERKAITAN: Jatuh tapi tak pernah musnah, 2025 tahun kebangkitan Aliff Aziz ARTIKEL BERKAITAN: Obses dengan tasbih digital, Ruhainies mahu berselawat 1,000 kali sehari Komen itu turut dibalas Ruhainies dengan tiga emoji hati berwarna merah. Sepanjang tahun lalu nama Aliff atau Mohamad Aliff Aziz, 34, antara yang hangat diperkatakan kerana kontroversi ditangkap khalwat bersama Ruhainies pada 9 Mac 2024. Media melaporkan Aliff dan Ruhainies dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur. Kedua-dua pelakon tersebut bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dalam prosiding yang berlangsung pada 3 Julai 2024. Kes itu masih dalam perbicaraan di mahkamah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!