suria

Obses dengan tasbih digital, Ruhainies mahu berselawat 1,000 kali sehari

Ruhainies ada misi mahu berselawat sebanyak 1,000 kali sehari.

PELAKON Ruhainies berkongsi dirinya kini sedang fokus dengan misi berselawat 1,000 kali sehari selama 40 hari.

Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, memberitahu dia sudah 18 hari berjaya melaksanakan misi tersebut.

Malah dia juga mengajak orang ramai terutama golongan wanita untuk sama-sama melakukan amalan tersebut.

WhatsApp Image 2024-11-11 at 10.27.36 AM (1)

Ruhainies memberitahu dia kini obses dengan tasbih digital.

"Saya dalam misi selawat 1,000 sehari selama 40 hari. Hari ini baru hari ke-18.

"Jom buat sama-sama. Kita perempuan kalau 'cuti' pun boleh selawat," katanya di Insta Story miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Difitnah sudah berkahwin dengan Zul Ariffin, Ruhainies mohon netizen tidak tertipu

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tiada guna melenting sebab dikecam, Ruhainies semakin matang berdepan ujian

Perkongsian itu dibuat selepas peminatnya bertanya mengenai zikir yang diamalkan oleh pelakon berkenaan.

Dalam pada itu, dia turut memaparkan dirinya mengenakan tasbih digital berwarna hitam di jarinya.

"Saya obses sangat dengan tasbih digital custom made ini, cantikan?" ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain