ACARA Rock Warrior Music Festival yang dijadualkan berlangsung pada 23 dan 24 November ini terpaksa ditangguhkan ke tarikh baharu iaitu Mei 2025. Wakil Rumah Produksi Merah Sdn. Bhd. iaitu Datuk Eddy Amir Salim menjelaskan penundaan itu dibuat selepas mengambil kira ramalan cuaca yang menunjukkan kemungkinan hujan lebat dan risiko banjir di sekitar kawasan lokasi festival. Eddy menambah penetapan tarikh baharu itu juga dapat memberi peluang kepada pihak penganjur melakukan persiapan konsert secara menyeluruh. Acara tersebut turut menampilkan anggota Search (Kid dan Din). "Sebagai penganjur, keselamatan para peminat dan kelancaran festival adalah keutamaan kami. "Selain daripada itu, kami juga berhasrat untuk menjaga sensitiviti terhadap masyarakat, khususnya mereka yang terkesan akibat bencana banjir. "Penjadualan semula ke bulan Mei 2025 ini memberi kami peluang untuk membuat persiapan lebih menyeluruh dan memuaskan dalam keadaan cuaca lebih sesuai," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Wings, Search, XPDC gegar pentas... Awie mahu hidupkan semula muzik rock, anjur acara ‘Rock Warrior Music Festival’ ARTIKEL BERKAITAN: Exists dan Masdo bergabung atas satu pentas, peminat dua generasi tak sabar nak tonton ‘Konsert Battle Of Time’ Bagi peminat yang telah membuat pembelian, tiket mereka masih sah digunakan pada tarikh baharu tanpa sebarang kos tambahan. Acara Rock Warrior Music Festival tersebut bakal menampilkan kumpulan rock terkemuka tanah air termasuk Wings, Search (Kid dan Din) serta XPDC. Tetap mengekalkan lokasi sama, acara berkenaan dijadualkan berlangsung di KL Base Sungai Besi, Kuala Lumpur. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!