MUZIK video single terbaharu penyanyi Aina Abdul berjudul Jadi Ajar Aku meraih perhatian peminat apabila menampilkan pelakon Fattah Amin sebagai model. Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 31, menjelaskan pemilihan Fattah disebabkan menuruti permintaan ibunya iaitu Zaini Abdullah. Kata Aina, ibunya menyebut nama Fattah sebaik sahaja mendengar lagu tersebut buat kali pertama. Fattah (kiri) bertentang mata bersama Aina (kanan). "Mak Aina adalah orang pertama dengar lagu ini dan dia cakap kena ada hero dalam muzik video ini. "Mak cakap panggilah Fattah untuk jadi hero dalam muzik video," katanya. Aina berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Isnin. Menerusi hantaran tersebut, Aina juga berkongsi beberapa babak dirinya bersama aktor berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Menang banyak anugerah bukan tiket Aina Abdul mudah dapat penaja, biaya sendiri konsert cecah belanja ratusan ribu ARTIKEL BERKAITAN: Impian Aina Abdul miliki kereta baharu jadi kenyataan, ibu bakal jadi penumpang pertama Berkongsi lebih lanjut, Aina berkata, lagu Jadi Ajar Aku itu ditulis pada April lalu selepas dia selesai menunaikan umrah di Makkah. Aina turut meluahkan penghargaan kepada Fattah kerana sudi bekerjasama sebagai hero dalam muzik video lagu tersebut. "Lagu ini ditulis sebaik sahaja Aina habis umrah pada April tanpa sebarang piano disekeliling," kongsinya. Peminat tersentuh dengan kemunculan Fattah. Untuk info, lagu Jadi Ajar Aku baharu sahaja ditayangkan 14 jam lalu dan sudah meraih lebih 36,000 ribu tontonan. Malah rata-rata peminat menyukai kemuculan Fattah di dalam muzik video tersebut. "Jangan hanyutkan Fattah itu, sudahlah maruah di dipijak-pijak tapi dia bangkit! "Mengalir terus air mata dengar setiap bait lirik lagu ni dengan figura Fattah Amin ada dalam muzik video ini. "Pandai mak pilih hero, nasib baik mak tak minta menantu," antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!