suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Foto masa kecil pengubat rindu, Aufahanie harap arwah Nidza Afham datang dalam mimpi 

Aufa berharap dapat bertemu arwah Nidza walau dalam mimpi.

LUAHAN penyanyi Aufahanie menyatakan kerinduan terhadap Allahyarham abangnya iaitu Nidza Afham mengundang rasa sebak netizen.

Menerusi hantaran di InstaStory, Aufa atau Nur Aufahanie Mokhtar, 21, berharap dipertemukan semula dengan abangnya walau hanya dalam mimpi.

"Saya rindu awak... Datanglah dalam mimpi saya lagi, tolonglah!," katanya.

Copy of Untitled - 2024-11-11T135556.979

Aufa berkongsi perkara itu menerusi hantaran di InstaStory pada Isnin.

Berserta kapsyen, Aufa turut berkongsi semula hantaran foto kenangan bersama arwah Nidza ketika zaman kanak-kanak.

Kematian Nidza atau Muhammad Nidza Adham Mokhtar, 23, sebelum ini menjadi perhatian ramai selepas mayatnya ditemukan di Sungai Klang pada 14 Ogos lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Aufahanie mohon henti sebar foto arwah abang, hormat perasaan keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Kematian Nidza Afham jadi bahan gurauan, keluarga kecewa sikap tak sensitif segelintir pihak

Sehari sebelum itu, Nidza dilaporkan hilang selepas keluar melakukan aktiviti riadah di Stadium Sultan Suleiman.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah perkuburan Islam Felda Bukit Cerakah, Puncak Alam pada 15 Ogos lalu.

Nidza yang juga seorang penyanyi pernah tampil dalam sebuah program realiti nyanyian bersama Aufa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain