suria

Influencer Malaysia hilang dalam hutan di Bandung ketika aktiviti paranormal, usaha mencari giat dijalankan

Eyka masih belum ditemui selepas dua hari menghilang.

PERSONALITI media sosial dikenali Eyka dilaporkan hilang semasa melakukan aktiviti paranormal di sebuah hutan di Bandung, Indonesia sejak Isnin lalu.

Khabar itu disahkan oleh rakannya Ammar Nazhan atau Ammar Mohd Nazhan Noralyadi, 29, yang mengetuai aktiviti berkenaan.

Ammar berkata dia menyedari kehilangan Eyka atau Nur Syafiqah, 22, pada pukul 2 pagi semasa melakukan aktiviti paranormal di dalam hutan.

amar 1

Usaha sedang mencari Eyka sedang giat dilakukan.

"Pada malam itu lebih 20 orang mengikuti rombongan ke kawasan tersebut tapi hanya tujuh individu termasuk Eyka yang masuk ke dalam hutan.

"Kami menyedari kehilangan Eyka sekitar pukul 2 pagi Isnin ketika sedang lakukan aktiviti paranormal di dalam hutan.

"Hanya dia seorang saja perempuan yang ikut masuk ke dalam hutan dan dia datang bulan ketika itu," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Ammar Nazhan dah cukup banyak masalah, dakwa diburukkan influencer adik-beradik pula... Hilang 200,000 pengikut di YouTube

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai ‘face shaming’ gara-gara video makan kentang, Ammar Nazhan maafkan netizen hina ciptaan Allah

Menurut Ammar, laporan polis dibuat selepas Eyka hilang selama 48 jam memandangkan ia syarat yang ditetapkan pihak berkuasa di negara itu.

Katanya ketika ini usaha mencari sedang giat dilakukan di dalam hutan berkenaan.

"Sebelum membuat laporan polis kami sudah membuat pencarian dan kami membuat laporan polis selepas 48 jam seperti disarankan pihak di sini.

"Turut terlibat dalam pencarian ini orang kampung, pihak polis dan juga tentera. Buat masa ini kami masih belum terima apa-apa maklumat lagi," ujarnya.

Snapinst.app_475950747_18037470101392146_604712419152829_n_1080

Eyka (kiri) berbaju biru sempat mengambil gambar bersama rakan-rakan sebelum dilaporkan hilang.

Sementara itu, Ammar turut memaklumkan ahli keluarga Eyka yang berada di Malaysia sudah mengetahui khabar kehilangan anaknya itu.

Malah dia dinasihati untuk tidak mengambil sebarang langkah yang terburu-buru buat masa ini.

"Saya sudah maklumkan kepada ahli keluarga Eyka dan saya minta agar keluarga tak perlu bimbang kerana segala di sini akan saya uruskan sehingga Eyka ditemui," kongsinya.

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai kehilangan Eyka selepas Ammar berkongsi perkara itu di platform TikTok miliknya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain