DUA bulan selepas pemergian bonda tercinta, pelakon Zarina Zainuddin berpesan agar orang ramai yang masih mempunyai ibu bapa agar menghargai mereka. Zarina atau Nur Zarina Mohd Zainuddin, 55, berkata, seorang anak juga tidak seharusnya menyimpan dendam terhadap orang tua jika mereka ada melakukan kesilapan. "Kalau masih ada mak ayah, telefonlah mereka bertanya khabar atau belikan apa-apa. Bawa mereka pergi jalan-jalan. Zarina luah rindu pada Allahyarham ibu. "Jika bergaduh, berkecil hati dengan orang tua janganlah simpan dendam. Nanti diri sendiri rugi apabila mereka sudah tiada," katanya. Zarina berkongsi perkara itu menerusi hantaran dimuat naik di Instagram miliknya pada Rabu. Dalam pada itu, pelakon Rajuk Karina ini memberitahu dia sendiri belum berasa puas menghabiskan masa bersama ibunya. ARTIKEL BERKAITAN: Sempat bermesej sebelum dapat khabar duka, ibu Zarina Zainuddin meninggal dunia ARTIKEL BERKAITAN: Zarina Zainuddin sempat minta maaf dan ziarah arwah ibu, hubungan renggang sebab kecil hati Bagaimanapun Zarina lega kerana seminggu ibunya meninggal dunia dia sempat bertemu untuk memohon maaf dan berpelukan dengannya. "Mak pernah jadi pembantu peribadi masa saya menjalani penggambaran di Perak dulu. "Pagi-pagi mak sudah siapkan kopi, tolon kemaskan barang dan teman saya sehingga kerja selesai. Ibu Zarina (kanan) meninggal dunia pada 4 Disember lalu. "Saya bukan nak suruh mak tolong pun, cuma nak mak ada untuk borak-borak dengan saya," ujarnya. Pada 4 Disember tahun lalu, Zarina berkongsi khabar duka memaklumkan ibunya, Zahura Abdul Mutalib meninggal dunia. Zarina bagaimanapun tidak mendedahkan punca pemergian Allahyarham. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!