suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sempat bermesej sebelum dapat khabar duka, ibu Zarina Zainuddin meninggal dunia

Zarina memberitahu dia sempat menghubungi Allahyarham buat kali terakhir.

PELAKON Zarina Zainuddin berkongsi khabar duka ibunya iaitu Zahura Abdul Mutalib meninggal dunia pada pagi Rabu.

Zarina, 54, memberitahu kali terkahir dia menghubungi Allahyarham pada pukul 2.30 pagi selepas pulang dari lokasi pengambaran.

"Mak saya Zahura binti Abdul Mutalib baru saja meninggal dunia selepas subuh pagi ini.

Copy of Untitled - 2024-12-04T103157.974

Zarina berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram.

"Kali terakhir saya bermesej dengan mak saya malam tadi waktu saya balik dari shooting jam 2.30 pagi. Alfatihah," katanya

Zarina berkongsi perkara itu menerusi hantaran video yang memaparkan keadaan ibunya sebelum menghembuskan nafas terakhir di Instagram.

Jenazah akan diuruskan dan dikebumikan di Ipoh, Perak.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa MK meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Zarina Zainuddin meninggal dunia

Dalam pada itu, Zarina turut memohon orang ramai mendoakan Allahyarham agar ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

"Tolong doakan mak saya semuga arwah ditempahkan dikalangan orang orang yang soleh dan beriman," ujarnya.

Zarina bagaimanapun tidak mendedahkan punca pemergian Allahyarham.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain