suria

Bapa Zarina Zainuddin meninggal dunia

Bapa Zarina meninggal akibat kanser.

PELAKON Zarina Zainuddin berkongsi khabar duka bapanya iaitu Zainuddin Ibrahim meninggal dunia pada pukul 6.40 petang hari Isnin akibat kanser prostat tahap empat.

Allahyarham yang berusia 73 meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dari rumahnya yang terletak di Sendayan, Negeri Sembilan.

"Ayah saya disahkan menghidap kanser prostat sejak beberapa bulan lalu. Keadaan dia memang uzur selepas sakit.

zarina 2

Zarina turut berkongsi berita kematian bapanya di media sosial.

"Semalam (Isnin) adik hubungi saya dan maklumkan ayah perlu ke hospital kerana berlaku pendarahan. Tidak lama kemudian adik maklumkan sekali lagi ayah sudah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi mStar pada Selesa.

Jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan kediaman pada malam Isnin.

Tambah Zarina dia juga sebelum ini pernah berhasrat untuk membawa menerima rawatan di hospital berdekatan sekitar Kuala Lumpur namun bapanya memilih untuk tinggal di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Khai Bahar meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Faizal dan Anas Tahir meninggal dunia

"Sejak sakit pernah juga saya beritahu nak bawa dia tinggal di KL dan dapatkan rawatan di sini. Namun dia tetap nak terus tinggal di rumahnya.

"Ada juga saya menziarahi ayah baru-baru ini. Keadaannya pun sudah uzur sehingga saya sendiri tak sanggup nak kongsi gambar kami bersama," ujarnya.

Dalam masa sama pelakon ini turut mengucapkan penghargaan buat ahli keluarga dan rakan-rakan yang mendoakan buat Allahyarham.

zarina1 - 1

Zarina mengucapkan penghargaan buat yang mendoakan arwah bapanya.

"Semalam selepas arwah menghembuskan nafas terakhir, kami terus buat keputusan untuk segerakan urusan pengkebumian.

"Ada juga yang tidak sempat sampai melihat jenazah dan saya mohon doakan sahaja. Syukur semua berjalan lancar. Terima kasih atas ucapan dan doa semua," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain