suria

Rekod program live tanpa kebenaran, karier penyampai radio Shuk Sahar ‘bungkus’ di hari raya pertama

Shuk dibuang kerja pada hari raya pertama.

KETIKA isu tentang karier sebagai deejay hangat diperkatakan, pelawak Shuk Sahar mendedahkan dia pernah diberhentikan daripada sebuah stesen radio swasta sebelum ini.

Shuk atau Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 38, berkata, ketika itu dia bertugas sebagai penyampai radio slot hujung minggu yang kebetulan jatuh pada hari raya pertama.

Namun kerana mahu pulang meraikan Aidilfitri di kampung halamannya di Pulau Pinang, pelawak itu membuat keputusan 'berani mati' dengan merakam segmen kendaliannya yang sepatutnya diadakan secara siaran langsung tanpa kebenaran pihak pengurusan.

NP-20

Shuk dibuang kerja kerana menipu majikannya.

"Masa itu hari raya dan saya kena kerja. Apa yang saya buat, saya datang malam raya ke konti.

"Sebab nak balik Pulau Pinang, jadi saya datang (ke studio) dan rekod siap-siap. Sepatutnya show itu tak boleh rekod.

"Saya suruh kawan-kawan menyamar jadi pemanggil," katanya.

Shuk mendedahkan perkara itu menerusi siaran podcast bersama Okletsgo di YouTube.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuk Sahar, Rossa Sera sah bercerai... Keputusan dicapai selepas pulang tunai umrah

ARTIKEL BERKAITAN: Zaman lagha dah berakhir... Umrah buat hati Shuk Sahar tenang, pupuk sikap sedekah

Sambung Shuk, dia siap mengajar rakan-rakannya untuk berlakon mengikut intonasi seperti sedang meraikan hari raya bagi mengelakkan penipuannya di kesan.

Bagaimanapun kejadian tidak diduga berlaku apabila dia dihubungi majikan secara mengejut sekitar pukul 6.30 pagi memintanya menukar susunan lagu yang sudah dibuat.

"Pukul 6.30 pagi dah nak sampai Pulau Pinang, bos radio telefon saya suruh ubah lagu sebab lagu tu dah nak padam.

"Saya terdiam, mula-mula dia telefon tu saya siap pasang radio bagi dengar macam suasana dekat konti,” katanya.

NP-21Shuk dedahkan kisah dia dibuang kerja dalam satu temu bual podcast.

Bengang dengan tindakan Shuk, majikan Shuk kemudian tidak berfikir panjang dan membuat keputusan dengan memberhentikannya.

"Dia maki saya. Minggu depan kau datang kau ambil surat resign. Hari raya pertama saya dah tak ada job,” ujarnya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan pengakuan Shuk yang disifatkan sebagai berani tetapi kelakar.

Ada juga kurang bersetuju dengan tindakan pelawak berkenaan yang disifatkan tidak berdisiplin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain