suria

Zaman lagha dah berakhir... Umrah buat hati Shuk Sahar tenang, pupuk sikap sedekah

PELAWAK Shuk Sahar mendedahkan kehidupannya sebelum ini boleh dikatakan selesa termasuk dari segi kewangan yang membuatkan dia alpa sehingga mengabaikan perkara wajib dan dituntut di dalam Islam.

Tanpa berselindung, Shuk atau Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 37, berkata, kesenangan yang dikecapi ketika itu juga menyebabkan dia hampir hanyut selain mengutamakan perkara lagha sehingga menyebabkan dia terjerumus dalam pelbagai kontroversi.

"Dulu saya berada pada tahap kalau dari segi kewangan saya selesa dan boleh dikatakan sampai saya mengabaikan benda-benda wajib perlu saya buat.

"Berdasarkan pengalaman lalu, saya juga lebih mementingkan perkara 'lagho'... Kadang-kadang kita tersilap rezeki tetap ada walaupun tinggalkan benda wajib, ia sebenarnya ujian buat diri," katanya kepada mStar.

Sedar atas kesilapan dilakukan sebelum ini, Shuk memberitahu kini sekiranya ada rezeki lebih dia mahu berkongsi kepada golongan memerlukan memandangkan sebelum ini sering alpa dengan kesenangan.

Shuk berkata, melihat pengikut di media sosial turut melakukan perkara serupa membuatkan hatinya tersentuh kerana sedikit sebanyak perkongsiannya dapat mengajak orang lain buat perkara sama.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi