suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya janji bayar nanti” - Shiera tak sedar ‘tercuri’ seluar RM20, dah sampai rumah baru perasan sangkut atas bahu

TIDAK sedar membawa pulang sehelai seluar tanpa membuat bayaran, penyampai radio Suria FM Sharifah Shahirah mengakui kejadian itu bukanlah kali pertama berlaku dalam hidupnya.

Kata Sharifah Shahira atau mesra disapa Shiera, 49, sehingga kini dia masih belum sempat ke pasaraya berkenaan bagi membuat bayaran kerana kesibukan kerja.

“Dah tutup enjin kereta baru tersedar ada seluar dekat bahu, tengok resit tak bayar.

“Sebenarnya dah dua kali perkara ni terjadi dan sampai sekarang tak pulang lagi seluar itu.

“Bukan tak nak bayar tapi saya sibuk, ingat nak buat video tapi saya tak tahu mana saya letak seluar tu tapi saya akan bayarlah seluar tu harga RM20 je,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi