suria

Kurang job nyanyian, Fareez Fauzi fokus cari duit menerusi ‘live’ TikTok… Impi sertai program Big Stage

MESKIPUN kurang mendapat tawaran nyanyian, penyanyi Fareez Fauzi memberitahu itu sama sekali tidak mematahkan semangatnya untuk berjuang sebagai anak seni.

Fareez atau nama sebenarnya Mohammad Fareez Fauzan Mohd Fauzi, 26, berkata walaupun kurang mendapat tawaran nyanyian, namun dia mencari alternatif lain dengan menjana pendapatan menerusi live di Tiktok.

“Saya masih lagi mencari lagi lagu-lagu yang sesuai untuk saya, bukan sebelum ini kurang sesuai mungkin belum rezeki dalam industri nyanyian ini.

“Sekarang ini saya banyak akif di media sosial macam buat live di Tiktok, macam jemputan nyanyian sekarang ni ada cuma berkurangan.

“Alhamdulilah walaupun saya kurang aktif dalam industri, tapi saya mampu menyara keluarga dengan hasil pendapatan menerusi live di Tiktok,” kata Fareez pada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi