suria

Pulih daripada gangguan sihir, Sherry Ibrahim kurus bukan kerana sakit… “Berdoa dan terus jaga amalan”

GARA-GARA tubuh kelihatan kurus dan wajah sedikit cengkung, pelakon Sherry Ibrahim dituduh mengambil produk pelangsingan badan.

Menjelaskan mengenai perkara itu, Sherry, 40 menepis dakwaan yang dilemparkan tersebut dan memberitahu punca penurunan berat badan itu adalah disebabkan terkena gangguan sihir baru-baru ini.

“Sherry tak sakit dan Alhamdulilah sihat serta sibuk sekarang ni masih lagi aktif bergerak sana sini, boleh menari, menyanyi boleh workout, jadi bila saya post mengenai rutin harian barulah ramai perasan saya tak sakit, cuma kalau boleh hentikan sebar berita yang saya sakit.

“Ya memang ada gangguan tu, tapi kalau boleh Sherry tak ceritakan sebab dah selesai dan okay. Alhamdulilah sebab kalau boleh saya memang tak mahu letakkan punca kurus sebab terkena gangguan ni... saya cuma fikir ia disebabkan jaga pemakanan saja.

“Saya redha dan sudah berubat malah sekarang ini saya lebih banyakkan jaga amalan harian, bila perkara ini berlaku ia macam ada hikmah kepada saya malah lebih berhati-hati dalam pergaulan sekarang ini,” kata Sherry kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi