suria

Ramai tertipu! Video Ecah menangis tinggalkan Cikidot rupanya gimik Tada Guna

YOUTUBER berkumpulan Cikidot mengakui drama salah seorang ahli kumpulan mereka iaitu Ecah mahu menarik diri hanyalah gimik untuk mempromosikan lagu baharu mereka berjudul Tada Guna.

Kata Zarol Zarif, Cikidot memang ahli asalnya cuma bertiga dan tiada penambahan atau pengurangan ahli daripada gimik tersebut.

“Untuk Cikidot semua tahu kami bermula dengan tiga orang (Zarol, Amri, Ecah) dan Mak Som ni sebenarnya kami punya pembantu peribadi serta juruvideo.

“Tapi bila dia dah selalu masuk dalam video jadi kami dah anggap dia salah seorang ahli kumpulan Cikidot.

“Untuk perjelaskan tentang semua perkara Cikidot hanya kami berempat dan tiada penambahan atau pengurangan ahli,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi