suria

Syafiq Yusof puji Aaron Aziz, tetap teruskan babak aksi meski sedang sakit kaki

PENGARAH Syafiq Yusof berpuas hati dengan mutu lakonan pelakon Datuk Aaron Aziz meskipun aktor itu mempunyai masalah sakit belakang.

Kata Syafiq atau Mohd Syafiq Mohd Yusof, 31, aktor itu memberikan komitmen sangat tinggi walaupun sedang mengalami sakit kaki akibat terlanggar besi di set penggambaran

“Aaron memang dia ada sakit belakang tapi bukan sakit belakang yang dia tak boleh bergerak.

“Cuma ada beberapa pergerakan yang dia tak boleh lakukan jadi kita ikut kesesuaian dia.

“Tapi dia berikan 100 peratus sebab baru-baru ini ada babak berlawan, ketika itu kaki dia sakit terlanggar besi tapi dia tetap teruskan penggambaran,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, Syafiq memberitahu dia tidak pernah menerima bajet tinggi untuk membuat filem seperti diterima abangnya iaitu Syamsul.

“Saya terima bajet yang mencukupi untuk filem Syerif tetapi tidaklah sampai belasan juta ringgit.

“Itu Syamsul boleh! Saya tak dapat, separuh pun tak dapat,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi