suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Makin dekat hari nikah, Imran Aqil mula rasa diri banyak kekurangan… “Kalau boleh pendekkan fasa tunang”

PELAKON Imran Aqil mengakui tidak sabar untuk menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan hati iaitu Dahlia Rizal hujung tahun ini.

Melalui tempoh pertunangan agak panjang, Imran atau nama sebenarnya Muhammad Imran Aqil Mohd Salehuddin, 24, berkata dia dan tunang juga tidak terlepas melalui fasa ujian.

“Alhamdulilah rezeki waktu bertunang ni memang tak sangka dan datang dalam pelbagai bentuk, daripada segi kewangan dan kesihatan pun semuanya baik, nampaklah jalan yang saya usahakan ini dipermudahkan.

“Tapi tak dinafikan ujian dalam tempoh bertunang tu dan ramai yang kata ujian bertunang ni berat, kalau orang diluar sana tu lebih baik cepatkan untuk bernikah.

“Semakin hampir tarikh pernikahan ni, baru saya sedar banyak kekurangan dan banyak juga yang saya belajar malah berjumpa dengan ramai orang untuk minta pendapat soal perkahwinan,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi